in

“Dah kena kaki aku” – Individu Dengki Tabur Paku Atas Jalan, Hampir Tercucuk Kaki Pelari

syaz ft 2024 08 20T161105.549

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, kita banyak dengar kes tabur paku di atas jalan raya. Ia biasanya dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab yang ingin mengaut untung terhadap orang-orang awam seperti servis lori tunda.

Perkara ini bukan sahaja merugikan dari segi wang ringgit tetapi ia juga ancaman kepada keselamatan pengguna jalan raya.


Artikel berkaitan: “Semua kena” –  30 Buah Kereta Tersadai Tepi Jalan, Tayar Bocor Terkena Paku Di Jalan Karak

Artikel berkaitan: “Don’t go alone!” –  Wanita Diganggu 2 Lelaki, Menyorok Bawah Pokok &\ Tebuk Paku Pada Kereta

Terbaru, seorang pemuda menerusi TikTok berkongsi dia hampir terpijak paku yang ditabur di atas jalan tar ketika dia sedang berjoging di kawasan Emerald Rawang, Selangor.

Pengguna TikTok @aaameirrr___ itu berkongsi paku-paku yang ditaburkan di atas jalan itu dibuang kepalanya dan dibiarkan bertaburan.

@aaameirrr___

Haritu dah masuk berita,senyap berbulan ii sekali jadi lagi ?

♬ original sound – aaameirrr___ – aaameirrr___

Menurut pemuda itu, kes yang sama sudah pernah berlaku di kawasan yang sama, ianya ‘senyap’ buat seketika waktu namun kini tindakan oleh individu tidak bertanggungjawab itu kembali lagi.

Pemuda itu juga berkongsi paku tersebut telah mencucuk menembusi kasutnya, namun dia bernasib baik kerana kasut yang dipakainya itu bertapak tebal.

Pada mulanya dia menyangka paku itu dari tempat yang lain namun setelah diperiksa, rupa-rupanya banyak lagi paku yang tercacak di atas jalan itu.

Apa lah masalah nak aniaya orang?

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.