in

“Dah kena baru nak menyesal” – Anak 2 Tahun Kena Baham Dengan Puluhan Ekor Buaya Dibela Bapa

Buaya Makan2

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dari Kemboja maut selepas dibaham buaya yang dibela bapanya sendiri, lapor Sinar Harian. Rom Roath Neary dipercayai memanjat pagar kandang buaya tersebut di Siem Reap dan terjatuh ke dalam pada minggu lalu.

Baham Buaya 1
sumber: twitter

Menurut jurucakap polis, Och Sophen, ibu mangsa langsung tidak menyedari kehilangan anaknya kerana sibuk menjaga bayi yang baru dilahirkan. Kejadian malang tu hanya disedari bapa mangsa selepas dia pulang ke rumah.

“Mangsa memanjat halangan pada pagar yang dibina di kandang buaya tersebut. Kami telah melancarkan siasatan dan turut memberi amaran kepada semua keluarga yang ada kandang buaya supaya sentiasa mengawasi pergerakan anak mereka.”

Baham Buaya 2
sumber: twitter

Sebaik tiba di kawasan rumah, bapa mangsa terkejut apabila mendapati anaknya menjadi ‘makanan’ kepada puluhan ekor buaya di dalam kandang itu. Dia kemudian memanjat sendiri kandang tersebut untuk menyelamatkan anaknya tetapi hanya menemui tengkorak manusia. 

Rupa-rupanya, ketika dia menyedari perkara tu, reptilia tersebut sedang berebutkan bahagian kepala anaknya dan kesemua bahagian anggota badan yang lain sudah tiada.

Baham Buaya 4

Baham Buaya 3
sumber: twitter

Ramai netizen tidak berpuas hati dan menyalahkan bapa kanak-kanak malang itu kerana kandang yang dibuat tiada langsung unsur keselamatan. Ada juga yang risaukan keadaan ibu mangsa sebab baru lepas melahirkan, takut terganggu emosi.

Safety mana? Bela buaya kot bukan bela kucing! Rasa nak lepuk je bapak budak ni.”

“Dia (Bapa mangsa) tak boleh fikir ke benda bahaya atau tak? Tu buaya laa buayaaaaa.. Apa yg masuk dia ngapp je anak tuan ke apa ke. Dia kisah apa. janji kenyang.”

“Dah la mak baru lepas bersalin, takut meroyan je nanti.”

“Weh tak boleh imagine doh mcm mana keadaan budak tu bila buaya buaya berebut baham dia.”

“Apa pun tindakan kena diambil kat bapak budak tu sebab bela buaya kat rumah.”

Memang dekat sana normal ke boleh bela buaya suka hati dekat rumah?

Baca: Budak 2 tahun Maut Tertembak Kepala Sendiri Sebab Main Pistol Dalam Purse Nenek

Kenatembak