in

“Dah kena ada rumah?” – Pakar Kewangan Kongsi Perkara Sebenar Yang Patut Korang Buat Sebelum 28 Tahun

Page 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini viral di media sosial tentang isu yang dibangkitkan oleh selebriti media sosial terkenal tanah air mengenai pandangan dirinya tentang anak muda di negara yang harus mempunyai rumah sendiri sebelum 28 tahun.


Disebabkan itu status itu, ramai yang meluahkan perasaan dan juga pendapat masing-masing mengenai isu tersebut.

Tidak ketinggalan dengan isu, seorang lelaki telahpun berkongsikan tips yang sewajarnya untuk dilakukan oleh orang muda semasa menuju ke usia 28 tahun di akaun Twitternya.

Adli Ishak yang merupakan seorang pakar dalam bidang kewangan dan juga pelaburan telah kongsikan perkara yang harus dibuat sebagai persediaan untuk melalui kehidupan di masa hadapan.

Sebelum beli rumah sekiranya mampu, terdapat beberapa tips yang perlu didahulukan iaitu:

  • Buka akaun simpanan ASB & Tabung Haji
  • Simpanan wang kecemasan bagi tempoh 6 bulan belanja
  • Jangan libatkan diri dengan hutang dan juga pinjaman peribadi
  • Pembukaan akaun pelaburan
  • Insurans kesihatan dan juga keselamatan buat diri sendiri
  • Rumah sekiranya mampu

Di bahagian thread seterusnya, Adli memberi sedikit pencerahan mengenai jenis-jenis rumah untuk dijadikan sebagai rujukan sebelum membuat keputusan untuk terus membeli tanpa mengetahui kebaikan dan kelebihan setiap jenis rumah tersebut.

Terdapat tiga jenis rumah iaitu:

1. Rumah undercon

Rumah undercon ini kebiasaannya dibeli dengan pemaju. Biasanya kos untuk beli rumah undercon lagi murah. Kenapa murah? Haa, ini jawapan dari Adli…

Rumah 1

2. Rumah subsale

Rumah subsale ni pula ialah rumah dah siap. Korang beli dengan owner. Kos untuk beli sedikit tinggi dari rumah subcon. Sekurang-kurangnya pembeli perlu ada simpanan sebanyak 15% dari harga rumah. Sebagai contoh, sekiranya rumah tu bernilai RM200 ribu, maka pembeli harus kena sediakan deposit sebanyak RM30 ribu.

Rumah 2

3. Rumah lelong

Rumah lelong ialah rumah yang melibatkan pembeli membeli rumah dari pemilik sebelum ini yang sudahpun bankrap ataupun yang tidak mampu untuk bayar rumah tersebut. Kos untuk beli rumah lelong ini lebih murah dari subsale dan perlu sediakan deposit sebanyak 10%.

Rumah 3

Perkongsian thread Twitter itu telah mendapat lebih dari 7 ribu RT & 14 ribu likes. Rata-rata turut berterima kasih dengan tips yang dikongsikan malah berasa lega kerana tidak berasa tertekan untuk membeli rumah.

Min pun seronok bila baca tweet dari Adli ni… Betul lah korang kata, lega sikit rasa… Korang yang nak dekat usia 28 tahun tu, pastikan dah banyak buat preparation okay?

Baca: “Kalah orang muda” – Netizen Kagum Tengok DSAI Mampu Buat ‘Plank’ Pada Usia 74 Tahun

Untitled 2 16

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.