Baru-baru ini kerajaan telah umumkan, mulai 4 Mei kita akan menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Perkara ini memberi kelonggaran sedikit pada rakyat namun SOP yang ketat tetap perlu dipatuhi.
Namun hal yang mengecewakan terjadi, viral video rakyat berkumpul di kawasan foodcourt untuk beli juadah berbuka tanpa melakukan penjarakan sosial.
Menerusi Twitter seorang personaliti popular Jihan Muse, Dia telah kongsikan rakaman pendek yang menunjukkan situasi ‘sesak’ di salah sebuah foodcourt.
Apa ni? Ya Allah sakit dada.. 😭😭😭 pic.twitter.com/M6QKMq6WOl
— J I H A N M U S E (@jihanmuse) May 3, 2020
Melalui perkongsian oleh seorang warganet di facebook, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Pusat Penjaja Bandar Sri Permaisuri, Cheras.
Rata-rata netizen marah dan rasa kecewa atas sikap masyarakat yang mengambil mudah tentang kes Covid-19 ini.
Tak semua rakyat Malaysia berdisiplin
Kluster Bazar Ramadan
Baca: SOP Ketika Berada Di Dobi, Butik, Bengkel & 16 Lagi Jenis Peruncitan Mulai 4 Mei Ini