Beberapa bulan lepas, media sosial dikejutkan dengan kes rumah tangga personaliti internet View Chin serta bekas isterinya Ah Moi.
Skandal ini bertambah rumit apabila terdapat tuduhan yang mengatakan salah seorang hos live TikTok yang bekerja dengan View Chin iaitu Mira menjadi dalang keruntuhan rumah tangga mereka.
Malah, ada juga desas-desus yang mengatakan View Chin memukul bekas isterinya itu kerana dia berlaku curang terhadap suaminya.
Pun begitu, isu rumah tangga mereka ini terlihat sepi untuk seketika namun hari ini satu perkara telah berlaku yang menarik perhatian netizen.
Menerusi laman Instagram miliknya Amirah Firdaus atau lebih dikenali sebagai Mira memuat naik sebuah teaser yang memaparkan dia dan View Chin akan kembali bergandingan dalam satu sesi TikTok live hari ini.
View this post on Instagram
“We’re back! Hari ini pukul 2PM dkt view chin tiktok live,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Perkara itu menimbulkan kemarahan netizen dan rata-rata antara mereka memberikan kecaman yang hebat kepada kedua-dua personaliti internet itu.
Huish, marah betul netizen, korang sempat ke tengok live tu tadi?
Baca: “Mestilah ready” – Mira Akui Dah Bersedia Jaga Anak-Anak View Chin & Ah Moi