Tak dinafikan, sekarang ni kalau nak ke mana-mana, memang wajib scan dulu kod QR MySejahtera untuk bantu mengesan penularan wabak Covid-19 dengan lebih baik. Dah jadi habit pulak tu phone kat tangan je…
Disebabkan aplikasi MySejahtera telah menjadi satu keperluan penting ketika ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga kerap mengemaskini penggunaannya untuk memudahkan orang ramai.
Terkini, kecoh di media sosial terutamanya di Twitter selepas difahamkan MySejahtera kini mempunyai ciri terbaru apabila tanda ‘verified’ telah ada di profil pengguna apabila mereka update aplikasi tersebut.
https://twitter.com/brgsjks/status/1505729084424617987?t=KDHqhk63NRyDy420l7fylw&s=19
Walaupun masih belum mendapat apa-apa makluman terkini dari pihak KKM, Khairy Jamaluddin serta DG Hisham namun dikatakan tanda ‘verified’ itu merupakan pengesahan untuk profil sendiri kerana pengguna perlu tekan butang ‘verify now’ terlebih dulu.
“Dah jadi influencer ke ni?”
Sementara itu, rata-rata warganet meluahkan rasa teruja mereka apabila telah mendapat tanda ‘verified’ itu sampaikan ada yang siap berangan kononnya telah menjadi ‘MySejahterafamous’! Wah, wah….
“First time dalam hidup terasa femes, takyah susah2 nak tunggu Instagram ke Twitter ke… Kasi can please nak flex!” – Komen netizen
Bukan itu saja, ada juga yang mengatakan bahawa ciri terbaru MySejahtera itu melegakan mereka kerana kemungkinan untuk orang tak bertanggungjawab untuk menyalahgunakan akaun pengguna lain dapat dikurangkan.
Seronok betul korang eh… Takpe, apa-apa pun kita sama-sama tunggu update dari KJ dengan KKM okay?
Baca: Majikan Pecat Pekerja Sebab Tipu Status Positif Covid-19 Dekat MySejahtera