in

“Dah jadi annoying dan mengaibkan” – Dato’ Vida Tegur Caprice Sering Muat Naik Content Tentang Abang Bas

Vida Vs Cap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang sejenis yang suka mengikuti perkembangan di media sosial, korang pasti familiar dengan posting daripada rapper terkenal, Caprice yang sering bercakap mengenai isu semasa di media sosial.

Antara isu yang ‘dipetik’ oleh Caprice baru-baru ini ialah berkenaan Abang Bas yang dituduh melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak.


 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Artikel berkaitan: Caprice Jumpa Individu Kutuk Anak, Isteri Mengamuk Suruh Melutut Mohon Maaf

Artikel berkaitan: Kecoh Ada Laporan Polis Tentang ‘Influencer Agama’, Caprice Dedah Perbualan WhatsApp?

Dato’ Vida anggap posting Caprice annoying dan mengaibkan 

Namun posting-posting yang dimuat naik Caprice berkenaan Abang Bas ini telah menimbulkan rasa kurang senang usahawan kosmetik, Dato’ Seri Vida dan meluahkannya menerusi satu video di Instagram.

Menurut Vida, video yang ditujukan kepada Caprice itu bertujuan untuk menegur tindakan rappers berkenaan yang dianggap keterlaluan dalam mengupas sesuatu isu, di mana perkara berkenaan yang sepatutnya menjadi awareness telah bertukar menjadi sesuatu yang annoying dan mengaibkan.

Mengenai posting Cap yang viral tu, asalnya awareness dah jadi kepada benda yang banyak mengaibkan. 

“Dulu kalau saya tengok info viral, saya tengok je IG Cap. Tapi kalau benda tu dah berlarutan, benda contohnya Abang Bas tu kan, daripada satu posting, dah tahu. 

“(Tapi) dua posting, tiga posting dah banyak mengaibkan. Tiap-tiap hari saya tengok dok up-up yang tu. Dah jadi annoying dan jatuh kepada mengaibkan,” kata Dato’ Vida.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Menurut Vida, Abang Bas juga sudah mendapat hukuman sewajarnya, jadi dia berharap agar Caprice boleh membuat video teguran dengan cara yang lain pula atau lebih tumpukan content yang menjurus kepada kekeluargaan.

Cukup-cukuplah buat postingan macam tu. Ini nasihat ikhlas daripada saya, setelah saya solat Subuh dan setelah saya istikharah tiap-tiap waktu, saya nampak benda ni saya kena suarakan.

“Saya minta maaf banyak-banyak, saya tidak bermaksud apa-apa,” katanya.

Vida juga menjelaskan, punca dia tidak memberi teguran itu melalui direct message adalah kerana dia merasakan ia tidak memberi apa-apa kesan melainkan bercakap secara terus di dalam video tersebut.

Caprice respon teguran DSV

Video itu telah pun mendapat respon daripada Caprice sendiri yang berpandangan rakyat Malaysia masih tidak boleh membezakan antara perkara aib dan jenayah.

Menurutnya, ia telah menjadi tugasnya untuk memberi kesedaran kepada orang awam mengenai hal itu dan ia ternyata membuahkan hasil apabila podcastnya mengenai isu GISBH mendapat perhatian pihak berkuasa baru-baru ini.

Cccc

 

Kita cover kes GISBH dari enam bulan lepas. Tiga podcast. 20 video. Masa tu ramai tuduh kita aibkan atau sebar fitnah. 

“Selepas enam bulan tekanan, akhirnya sebab dah terlalu viral, pihak berkuasa ambil tindakan sampai ada titah Agong. Pergilah interview semua keluarga-keluarga mangsa GISB dan tanya mereka siapa salah satu punca kanak-kanak diselamatkan? 

“Nak cakap pasal aib lagi ke?” tulisnya dalam ruang komen Dato’ Vida.

Apa pendapat korang mengenai isu ini? Sensitif juga ni… 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.