in

“Dah dah lah tu…” – Netizen Minta Scammer Berhenti Tag Kat IG Konon ‘Menang’ iPhone

Page Iphone

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak hujung minggu lepas, banyak juga min tengok kat Twitter yang bagitahu diorang dah ‘menang’ telefon bimbit berjenama Apple, iaitu iPhone. Bukan sekali dua je pulak tu!

Makluman ‘kemenangan’ telefon bimbit berjenama mahal itu disertakan dengan tagging beberapa username akaun Instagram di bahagian komen malah ayat pemulanya juga sudah cukup meyakinkan pengguna-pengguna Instagram.


Instagram 1

Menerusi satu perkongsian di Twitter milik akaun @wanahana10, dia maklumkan bahawa dirinya telah di tag lebih dari sekali dan masih lagi menerima komen yang sama walaupun beberapa pengguna Instagram telah disekat.

“Dah-dah lah tu…”

Difahamkan cara tersebut merupakan kaedah terbaru yang digunakan oleh scammers untuk menipu orang ramai. Disebabkan itu, ramai juga yang meminta untuk scammers agar berhenti berbuat demikian kerana boleh dikatakan mereka tidak terpengaruh dengan cara berkenaan.

Bukan itu sahaja, ramai di media sosial turut menyindir perbuatan itu dengan memuatnaik beberapa tweet bahawa mereka telahpun memenangi hampir 10 buah telefon bimbit. Siap ada yang kata kononnya ‘menunggu’ parcel iPhone untuk tiba di rumah mereka.

Twitter 3

Twitter 2

Tapi korang jangan risau pulak kalau korang masih kena tag walaupun dah block orang yang hantar komen tu… Macam salah sorang pengguna yang juga dari Twitter, dia telah kongsikan cara untuk membantu mengurangkan komen-komen dari scammers.

“Try pegi settings kat ig, then cari privacy & pilih mention.. dia ada option utk allow mention from and pilih la yg mana nak.. insyaAllah takde dah yang mention” – Pengguna Twitter

Nasib baik ada yang share cara nak filter komen ni… Min pun tak terkecuali jugak. Dah lebih 5 kali pulak tu dapat komen. Huhuhu….

Baca: Peniaga iPhone Viral Lepas Hantar Kain Kafan Kepada ‘Scammer’, Netizen Sokong Siap Suruh ‘Pack’ Tanah Sekali

Untitled 2 6

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.