Air adalah keperluan asas bagi setiap orang untuk kegunaan harian seperti minum, mandi, mencuci dan sebagainya.
Korang pernah terfikir tak daripada mana sumber air yang kita guna setiap hari? Mungkin ada yang tidak peduli dari mana datangnya sumber air itu, asalkan nampak bersih dari mata kasar dan boleh minum.
Tapi, kita juga diingatkan untuk memastikan kebersihan sumber air yang digunakan kerana air yang tercemar boleh menjejaskan kesihatan.
Artikel berkaitan: “Macam Americano dah” – Netizen Kecam Hospital Machang Sebab Air Keruh Di Wad Kanak-Kanak
Mungkin perkongsian video ini akan membuatkan korang lebih berwaspada untuk menggunakan sumber air yang keluar dari pili air atau sinki rumah korang.
“Luar nampak cantik, dalam…”
Menerusi perkongsian daripada @sevenstar_water_tank di TikTok, memaparkan keadaan dalam sebuah tangki air yang mereka sedang selenggara.
@sevenstar_water_tank Pressed Steel Tank Refurbishment Works #sevenstarwatertanksolution #PerkhidmatanTangkiAir #SevenstarWaterTank #watertankservicemalaysia
Dapat dilihat luaran tangki itu kelihatan cantik, bersih dan seperti baharu namun apabila masuk ke dalam bahagian dalam tangki tersebut, memang tak terjangkau dek akal!
Bahagian dinding dalam tangki tersebut penuh berkarat yang sudah menebal. Air di dalam tangki pula berwarna ‘teh tarik’ dan berlumpur.
Menurut Sevenstar Water Tank Solution, tangki air ini sudah lebih 25 tahun tidak diselenggara iaitu sejak ia mula dipasang. Katanya, tangki simpanan ini terletak di Ampang.
Difahamkan, tangki simpanan air jenis ini biasanya digunakan untuk perumahan bertingkat seperti pangsapuri atau kondominium.
Meninjau ke ruangan komen, netizen mengatakan pentingnya tangki air dipantau dan dicuci secara berkala.
Melihat rupa air dalam tangki simpanan ini, netizen mendakwa ini punca kenapa perlunya memasang penapis air di rumah masing-masing.
Hmm loya tekak min tengok air macam ni…
Sumber: TikTok