in

“Dah bagi ruang berbincang, dia terus jumpa Melodi” – Puteri Sarah Teruskan Saman RM 1 Juta Bekas Pekerja

Ft Puerti Sarah Saman Bekas Pekerja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Persengketaan dan krisis di antara pelakon Puteri Sarah Liyana dan bekas pekerjanya yang dikenali sebagai Nazatul Nazira masih belum berpenghujung apabila dia tetap berkeras mahu meneruskan saman fitnah dan pecah amanah.

Jelasnya, dia sudah lama menantikan kes ini dibawa ke muka pengadilan dan hari ini adalah sesi mediasi yang menentukan jalan penyelesaian sama ada di luar mahkamah atau sebaliknya.


Artikel berkaitan : “Awak pandai nangis tak?” – Komen Puteri Sarah Di IG Bella Astillah Raih Perhatian Netizen

Artikel berkaitan : Puteri Sarah Dedah Bella Astillah Masih Dalam Fasa Terkejut Selepas Bercerai

“Hari ini adalah sesi mediasi untuk mencari jalan penyelesaian sama ada mahu selesaikan kes di luar mahkamah atau sebaliknya.”

“Rasa macam dejavu pula kembali semula ke mahkamah bersama peguam Encik Azmi Mohd. Rais. Apa-apa pun saya nak dapatkan semula hak saya. Semoga saya dapat balik hak saya hari ini.”

Whatsapp Image 2024 08 01 At 15.15.30 D2Bf580C E1722497859601

Tambahnya, dia kesal dengan tindakan Nazatul yang terus memberikan kenyataan fitnah ke Melodi tanpa berbincang dengannya.

“Saya dah bagi dia ruang untuk berbincang. Tapi dia tak jumpa saya, dia terus jumpa Melodi. Bila saya dah lantik peguam, baru dia cuba untuk hubungi saya. Tetapi saya dah tak mahu.”

“Jadi kita tunggu sahaja hasil sesi mediasi hari ini macam mana.”

Untuk rekod, Puteri Sarah mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas pekerjanya dengan jumlah saman sebanyak RM1 juta. Ia susulan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nazatul yang berbaur fitnah.

Sumber : Kosmo!

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.