in

Dah 2024, Kita Shopping Raya Online Je! Ini Apa Yang Menarik Sempena Raya Bersama Shopee

unnamed 20

Walaupun baru beberapa hari sahaja kita berpuasa, ada yang dah mula membuat persiapan bagi menyambut raya. Kalau yang jenis bersedia awal, sejak minggu lepas lagi dah start ‘shopping’ sebab taknak ‘kalut’ dan berebut dengan orang lain nanti.

Selain baju raya, tidak dinafikan ada sesetengah daripada kita yang akan ‘upgrade’ beberapa barangan di rumah bagi menyambut tetamu yang akan berkunjung semasa raya nanti. Ada yang beli sofa baru, TV baharu, aircond dan macam-macam lagi.

Pun begitu, disebabkan adanya platform e-dagang seperti Shopee, kita sekarang dah tak perlu lagi nak bersesak-sesak untuk shopping Raya. Semuanya Shopee aje!

Shopee Raya

Kalau korang nak tahu, untuk tahun ni, Shopee membawakan kempen ‘Raya Bersama Shopee’ yang bakal memeriahkan persiapan raya korang. Yang best tu, semuanya boleh dibeli dengan mudah dan yang paling penting, murah!

Jom kita tengok apa lagi tawaran best yang ada di ‘Raya Bersama Shopee‘.

1. Penghantaran PERCUMA, Tiada Perbelanjaan Minimum

Sempena musim perayaan ni, Shopee menawarkan Penghantaran PERCUMA tanpa had, tanpa pembelian minimum setiap hari sehingga 11 April nanti.

Jadi, kalau korang nak beli barangan raya atau baju raya dari pelbagai jenama yang ada di Shopee, checkout sebelum 11 April tau!

unnamed 12

2. Pemulangan PERCUMA 15 Hari

Barang yang baru dibeli tu macam kurang sesuai di ruangan rumah? Sekarang dah tak perlu risau, korang boleh pulang semula barang tu tanpa sebarang caj tambahan dalam masa 15 hari! Jadi, korang yang nak beli barangan untuk Raya dan tiba-tiba berubah fikiran, korang boleh dapatkan refund penuh selepas pemulangan barang.

Cuma, korang kena perhatikan juga seller ada label ‘Free Return’ ye.

Ni min nak share sikit cara macam mana korang nak pulangkan atau dapatkan semula bayaran korang kalau tak berpuas hati :

  • Klik return / refund di page pesanan
  • Pilih kod alasan ‘bertukar fikiran’
  • Pulangkan barangan melalui ‘Drop-off’ atau pilihan ‘Self-Arrange’

unnamed 13

3. Diskaun 70% Setiap Hari Di Shopee Live 

Bermula sekarang sehingga 11 April 2024 nanti, jangan ketinggalan untuk menebus baucar eksklusif diskaun 70% Shopee Live setiap hari! Sambil-sambil korang tengok Shopee Live tu nanti, jangan lupa tebus baucar yang bakal disediakan setiap hari, maknanya, lebih banyak korang tengok live di Shopee, lebih banyak lah penjimatan korang dapat nanti.

unnamed 14

Selain itu, korang juga jangan ketinggalan untuk dapatkan baucar khas SAHUR Shopee! Tips dia, korang kena tengok Shopee Live setiap hari bermula 5 pagi sampai 7 pagi untuk dapat diskaun tambahan bernilai 50%. Kalau korang dapat baucar ni, tak perlu guna sebarang promo kod dah!

Sambil-sambil sahur tu, korang bukak je Shopee Live! Sambil tengok live, boleh dapat diskaun! Lagi banyak lah barangan yang boleh dibeli.

4. Jualan Hebat & Akhir Raya

Memang meriah sakan ‘Raya Bersama Shopee’ tahun ni! Lebih-lebih lagi semasa Jualan Hebat Raya yang akan berlangsung selama 3 hari iaitu pada 25 Mac hingga 27 Mac!

Kalau terlepas yang itu, atau korang suka shopping last minute, jangan risau sebab korang ada peluang terakhir iaitu Jualan Akhir Raya Shopee yang akan diadakan pada 4 April 2024.

So, korang tandakan kalendar siap-siap, cari barang yang korang berkenan dan ‘add to cart’ sekarang. Check-out pada tarikh yang disebutkan tadi. Confirm lebih berbaloi!

unnamed 18

5. Rancangan TV “Jom Raya Bersama Shopee” – Tonton & Menang!

Rancangan “Jom Raya Bersama Shopee” akan bersiaran di TV3 & Shopee Live pada 25 Mac 2024 jam 9 malam!

Apa yang pasti, rancangan tersebut akan dipenuhi dengan pelbagai tawaran yang menarik, permainan yang menyeronokkan serta penampilan artis-artis terkenal tanah air seperti Iman Troye, Mark Adam, Amir Jahari, Aisha Retno, Shiha Zikir, Aya dan Dato Ac Mizal pun ada! 

Pelbagai hadiah hebat seperti Sony PS5, pengering rambut Dyson dan 5 Juta Syiling Shopee untuk dimenangi oleh korang secara langsung!

Nak tahu apa lagi yang Shopee nak payung nanti, kena tonton sendiri lah ye! Maklumat lanjut ada DI SINI

 

6. Shopee Livestream Fest

unnamed 19

Berita baik buat semua peniaga-peniaga yang sering membuat jualan menerusi penstriman secara langsung. Shopee Livestream Fest yang bermula hari ini sehingga 16 April 2024 nanti menawarkan hadiah sehingga RM680,000!

Tawaran ini terbuka buat semua Affiliates Shopee dan tiada pendaftaran diperlukan. Sekiranya korang mulakan penstriman langsung sebelum 16 April 2024, milestones korang akan diaktifkan serta merta.

Jadi, lebih banyak penstriman dibuat, lebih tinggi peluang nak menang wang tunai yang disediakan! Maklumat lanjut DISINI.

 

7. Bazaria Shopee 

unnamed 17 1

Tidak dilupakan juga, tahun ini Shopee nak pastikan korang raya dengan ‘style’ menerusi pelbagai tawaran menarik di Bazaria. Sama ada korang nak cari pakaian yang tradisional, elegan dan macam-macam lagi, semuanya boleh dibeli di Shopee.

Antara promosi yang disediakan nanti :

  • Diskaun 62% Koleksi Baju Raya 2024 – Korang boleh dapatkan pelbagai koleksi terbaharu dan terkini tahun 2024 daripada jenama-jenama terkenal pilihan ramai seperti Jovian, Naelofar, Hitascarf dan banyak lagi!
  • Baucar Potongan 20% Fesyen – Dapatkan penjimatan berganda apabila korang buat pembelian di Bazaria dengan tambahan diskaun 20%, tak lupa juga ada diskaun tambahan daripada pelbagai jenama!

Beli-belah Raya Dipermudahkan: Ansuran 0% & RM15 Diskaun dengan SpayLater!

Jom beli-belah barangan Raya dengan lebih awal! Sehingga 10 April, ambil peluang ini untuk bayar dengan ansuran 0% selama 3 bulan dengan SPayLater di Shopee. Tawaran ini termasuk semua produk, daripada fesyen ke barangan elektronik, untuk semua pengguna. Tambahan, pengguna SPayLater baharu akan menerima baucar RM15 diskaun. Aktifkan akaun SPL anda sekarang di SINI

Kalau korang belum buat sebarang persiapan raya, jom kita shopping sakan dekat Shopee! Bukan je dapat banyak penjimatan, dapat pula PENGHANTARAN PERCUMA, 15 hari pemulangan percuma kalau berubah fikiran.

*Tertakluk terma & syarat.

Sumber: Shopee
Sumber: Shopee
Sumber: Shopee