Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terkenal dengan personalitinya yang ramah dan sangat mudah didekati oleh rakyat Malaysia.
Baginda juga sering dilihat mendekatkan diri dengan masyarakat setempat dalam acara-acara yang tidak formal.
Terbaru, netizen terkedu melihat YDPA menyambung lagu Hanya Kau Yang Mampu nyanyian Aizat Amdan ketika penyanyi itu membuat persembahan di Kuantan, Pahang baru-baru ini bagi Konsert Pesta Kuantan 188.
View this post on Instagram
“Hanya Kau Yang Mampu feat Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. ?
Thank you Tuanku for being so supportive. And last but not least, thank you orang-orang Kuantan yang turun ke @kuantan.188 semalam dan band yang power!,” tulis Aizat Amdan di Instagram miliknya.
Dalam video berdurasi 46 saat itu, kelihatan Aizat Amdan cuba mendekati YDPA sebelum menghulurkan mikrofon kepada Tuanku lalu YDPA dilihat bersahaja menyanyikan sebaris lagu yang pernah memenangi Anugerah Planet Muzik itu.
Selain itu, dalam posting yang sama, kelihatan YDPA serta Permaisuri Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menghidupkan flashlight ketika Aizat Amdan membuat persembahan. Cute sangat!
“Duet of The Year”
Perkara itu membuatkan ramai netizen teruja malah tidak kurang juga yang kagum dengan YDPA kerana kenal dan tahu lagu yang sentiasa menjadi siulan ramai itu.
Daulat Tuanku!
Baca: Usia Sudah Cecah 97 Tahun, Netizen Kagum Lihat Tun Siti Hasmah ‘Rilek’ Main Piano