in

“Customer paling degil” – Lelaki Puji Sikap Pekerja Stesen Minyak ‘Order’ Makanan Lebih Buat Rider

Customer Degil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebenarnya, ada banyak cara kita boleh buat untuk bersedekah. Salah satunya ialah dengan berkongsi rezeki dengan penghantar makanan seperti yang dilakukan oleh seorang pekerja stesen minyak ini.

Tindakan pekerja tersebut yang dikenali sebagai Pavithran yang sering membeli makanan lebih buat para rider ini telah mendapat pujian daripada salah seorang rider, @nafiezainol di TikTok.


Artikel berkaitan: “Saya tolong sahaja” – Abang Rider Dipuji, Sanggup Patah Balik Bantu Tolak Kereta Rosak Di Tengah Jalan

Artikel berkaitan: Pak Nil Sebak Dengar Luahan ‘Rider’, Dibuang Kerja Sebab Cuti Lama Jaga Isteri Sakit

“Customer paling degil” 

Menerusi video yang dikongsikan rider Grab ini, dia telah mengusik pekerja stesen minyak itu sebagai ‘customer paling degil’ kerana sering membuat pesanan lebih untuk disedekahkan kepada rider yang menghantar makanan buatnya.

Malah lelaki itu juga dilihat berseloroh dengan meminta Pavithran untuk tidak berbuat perkara itu lagi dan dia juga tahu lelaki itu ‘banyak duit’.

Apa pasal you order untuk saya?’ 

“Lepas ni you jangan buat macam ni. Saya tahu you banyak duit,” katanya sambil ketawa.

@nafiezainol

CUSTOMER PALING DEGIL🤣🤣🤣 follow starman ni gais @_pavi_01 #grab #grabfood #rider #seremban #fyp #viral

♬ Starman (2012 Remaster) – David Bowie

Menurut lelaki ini, pekerja stesen minyak itu hari-hari membuat pesanan makanan lebih untuk diberikan kepada rider dan lelaki itu juga sudah dua kali ‘dibelanja’ pekerja berkenaan.

Dia bukan pasal kau kaya ke tak kaya ke, dia pasal humanity. Aku dah agak dah dia order dua, bila aku tengok nama dia Pavithran. 

So masih ada orang baik sebenarnya,” katanya lagi.

Video itu telah mendapat pujian netizen yang rata-rata mendoakan agar Pavithran dimurahkan rezeki.

Seronok tengok perkongsian macam ni. Tak perlu kaya untuk bersedekah, cukuplah hanya seikhlas hati. 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.