in

‘Curious’ Kenapa Mercun Lagi Meriah Hari Ke-9 CNY? Ini Sebabnya…

fi cny

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pejam celik sekarang dah masuk hari ke sembilan masyarakat berbangsa Cina menyambut perayaan tahun baru mereka. Walaupun dalam keadaan masih terjejas dengan penularan wabak Covid-19, dapat dilihat mereka masih lagi dapat menyambut perayaan ini dengan meriah.

So, min nak tanya kawasan rumah korang malam tadi meriah tak dengan bunyi mercun dan bunga api? Mesti meriah kan! Korang pula confirm tertanya-tanya diorang ni sambut apa lagi, betul tak?


Jadi, untuk menjawab persoalan yang bermain dalam fikiran korang tu, satu perkongsian melalui sebuah thread di laman Twitter oleh seorang penulis popular, Ayman Rashdan Wong mungkin boleh membantu…

Hari ke-9 CNY, hari penting bagi orang Hokkien

Menurut thread Ayman Rasydan ini, dikatakan pada tengah malam tadi telah genap hari ke-9 bagi perayaan Tahun Baru Cina (CNY) di mana masyarakat sub-etnik Hokkien akan menyembah Ti Kong (Mandarin: Tian Gong).

Sambutan ini dilihat lebih meriah berbanding pada hari pertama CNY kerana Tian Gong merupakan dewa tertinggi dalam kepercayaan masyarakat Cina.

Tian Gong: Dewa Langit masyarakat Cina

Dalam sistem kepercayaan masyarakat Cina, Tian Gong (天公) atau nama rasminya Hao Tian Shang Di (昊天上帝) ialah Dewa Langit. Masyarakat Taois memanggilnya sebagai Yu Huang Da Di (玉皇大帝), manakala di Cina Selatan pula dipanggil Tian Gong. Semua panggilan tersebut dikatakan merujuk kepada dewa yang sama.

FLDHZBKaAAICFdt

Bagi masyarakat Cina, mereka menganggap langit sebagai alam tertinggi. Maka, Dewa Langit dianggap sebagai dewa yang paling tinggi. Tambahan pula, difahamkan dalam kepercayaan mereka yang asal Tuhan pencipta tidak wujud. Dewa Langit juga merupakan makhluk dan mempunyai hari kelahiran.

Jadi, menurut Taois dan sub-etnik seperti Hokkien, hari jadi Dewa Langit jatuh pada hari ke-9 tahun baharu. Hal ini disebabkan nombor 9 dianggap digit paling besar dan mulia dalam metafizik Cina. Pun begitu, hari kelahiran Tian Gong jatuh pada hari pertama CNY bagi sub-etnik seperti Hakka.

FLDI2K0agAAqyKB

Di Malaysia, cara sambutan masyarakat Hokkien lebih dikenali kerana sub-etnik Hokkien merupakan masyarakat majoriti dalam kalangan rakyat Cina di Malaysia iaitu hampir 40%.

Lagenda Tian Gong

Lagenda berkaitan Dewa Langit ini sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Hokkien. Dikatakan ia berlaku pada zaman Dinasti Ming (1368-1644) yang pada waktu itu sangat popular dengan isu serangan Wokou (lanun Jepun), dan wilayah Fujian (Hokkien) pula menjadi tempat yang paling dahsyat diserang.

Menurut lagenda tersebut lagi, telah muncul satu hutan tebu yang menjadi tempat perlindungan masyarakat Hokkien semasa mereka lari daripada Wokou. Mereka dikatakan telah keluar dengan selamat daripada hutan tersebut pada hari ke-9 CNY. Disebabkan itu lah masyarakat Hokkien menjadikan hari ke-9 itu sebagai hari berterima kasih kepada Tian Gong, Dewa Langit mereka.

95329612 1711097812347733 7706798812391538688 n

Jika dilihat sehingga hari ini, tebu digunakan sebagai antara bahan utama bagi tujuan penyembahan kerana dalam Bahasa Hokkien, perkataan “tebu” (kam chia) hampir sama dengan “terima kasih” (kam sia).

Menarik kan? Sekarang korang dah tahu kenapa mercun dan bunga api lagi meriah tiap malam ke-9 CNY!

Baca: Suka Makan Limau Mandarin Tiap Kali CNY? Ini 5 Kelebihannya Yang Ramai Tak Tahu!

baca cny

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.