in

“Curang 4 kali dengan 4 lelaki” – Caprice Dedah Luahan ‘Followers’, Dicurangi Pasangan Di Tempat Kerja

Caprice Curang Tempat Kerja 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Media sosial kebelakangan ini dibanjiri dengan cerita selebriti dan kemelut rumah tangga mereka yang melibatkan orang ketiga.

Ternyata, bukan selebriti sahaja yang melalui perkara ini. Aktivis serta rapper terkenal Caprice menerusi laman Instagram miliknya berkongsi beberapa cerita daripada pengikutnya yang menceritakan mereka menjadi mangsa curang.


Pasangan mereka rata-rata bermadu kasih bersama teman sekerja atau dengan kata lain officemates.

https://www.instagram.com/p/Cov_pKQPKAH/

“Makin seram cite kes scandal dekat tempat kerja. Cap masih tak faham agak2 ape punca semua ni?,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Seorang followers Caprice menulis pengalamannya di mana isterinya curang dengan 4 lelaki berbeza sebanyak 4 kali dengan kenalannya yang bekerja di tempat yang sama. Difahamkan, mereka sama-sama geng hiking.

Selain itu, perkongsian mangsa curang yang lain pula menceritakan suaminya ditangkap khalwat dengan teman sekerja, isterinya mendapat tahu perkara ini selepas menyiasat sendiri dan kini mereka berdua dalam proses penceraian.

Posting tersebut mendapat perhatian netizen, di ruangan komen ramai juga yang berkongsi punca dan pendapat mereka berkenaan isu ‘kawan’ di tempat kerja ini.

Cpr

Ramai juga netizen mendoakan agar mereka serta keluarga terhindar daripada perkara sebegini dan saling berpesan agar tidak terjerumus ke perkara seperti itu.

Kerja nak cari rezeki halal guys, tak elok buat macam tu…

Baca: Polis Panggil Ahli Keluarga Baju Merah Yang ‘Spill’ Cerita Pada Caprice

Polis Panggil Keluarga Baju Merah Gaduh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.