Sebuah rumah yang didiami oleh cucu mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir telah dipecah masuk oleh penjenayah baru-baru ini.
Memetik laporan Harian Metro, akibat kejadian itu, cucu Tun Dr Mahathir tersebut telah mengalami kerugian sekitar RM1.8 juta kerana barang kemas milik mangsa telah dibawa lari.
Kediaman cucu bekas pemimpin negara itu terletak di Bukit Ledang, Kuala Lumpur.
Difahamkan, pembantu rumah mangsa telah menghubungi cucu Tun M untuk memaklumkan mangsa bahawa biliknya telah dimasuki pencuri setelah pintu pagar di bahagian belakang rumah dipotong. Kejadian berkenaan disedari terjadi sekitar jam tiga petang.
Artikel berkaitan: “Perompak sekarang tunggu peluang je” – [VIDEO] Wanita Tinggalkan Beg Dalam Kereta, Kena Rompak Sebab Tak Kunci
Artikel Berkaitan: “Helmet saya beli dengan arwah bapa” – Wanita Rayu Pencuri Di Stesen Minyak Pulangkan Topi Keledar
Mangsa kemudiannya mendapati ada kesan pecah masuk di dalam biliknya ketika memeriksa ruang peribadinya itu dan mendapati terdapat beberapa barang yang hilang seperti barang kemasnya.
Kejadian tersebut juga telah disahkan oleh Datuk Mohamed Usuf iaitu Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur.
Pihak polis kini sedang giat mengenal pasti suspek dengan membuat penelitian terhadap kamera CCTV di rumah mangsa.
Difahamkan juga, identiti cucu Tun Mahathir yang menjadi mangsa tersebut tidak dikongsikan kepada umum.
Sumber: Harian Metro