in

“Cuci mulut cara ini…” – Doktor Kongsi Ilmu Jaga Bayi ‘Newborn’, Penting Untuk ‘First Time Mom’!

bayi 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi wanita yang baru pertama kali menjadi seorang ibu, korang mesti tertanya-tanya cara terbaik untuk menjaga bayi yang baru lahir. Selain melihat cara ‘orang dulu-dulu’, ada juga yang mempraktikkan cara moden yang disarankan oleh para doktor.

“Ilmu untuk first time mom…”

Satu video perkongsian oleh @jaja_talib di TikTok, menunjukkan Dr Tan dari Hospital Lam Wah Ee, Pulau Pinang sedang berkongsi kepada para ibu beberapa cara untuk menjaga bayi yang baru lahir.


Artikel berkaitan: “Macam tu je rupanya..” – Doktor Kongsi Cara Senyapkan Bayi ‘Newborn’ Menangis

Artikel berkaitan: Doktor Kongsi Kisah Wanita Bersalin Dalam Kereta, Beri Peringatan Buat Bakal Ibu Untuk Bersedia Lebih Awal

Bermula daripada cara menggosok kepala bayi dengan minyak zaitun, Dr Tan berkata gerakan tangan haruslah secara berputar. Jika ada kesan bengkak di kepala, perlulah digosok menggunakan telapak tangan di kawasan itu secara berputar dan perlahan-lahan.

Bagi cara mencuci mulut bayi, ibu perlu menyarungkan kain pada hujung jari lalu gosok secara perlahan-lahan di dalam mulut bayi.

@jaja_talib

Throwback noah ibrahim berusia 1 hari. rindunya nak beranak lagi. Dr Tan is the best!

♬ Buah Hati – Armada

Cara memotong kuku bayi

Kedua-dua mata bayi haruslah ditutup menggunakan kain ketika mahu memotong kuku bayi bagi mengelakkan sisa kuku termasuk ke dalam mata. Elakkan juga memotong kuku bayi dalam bentuk bulat.

Kita potong kuku, tak boleh bulat.. kena flat kalau bulat kena isi kuku, boleh bernanah.

Selain itu, sarung tangan bayi mesti dipakai dalam masa dua bulan manakala sarung kaki selama empat bulan sahaja. Tambah Dr Tan, elakkan memicit di bahagian dada bayi untuk mengelakkan kuman masuk ke dalam badan.

Lepas dua bulan kita tak tanggal, dia nak lukis, menulis, main muzik.. lambat. Dada jangan picit.. kalau picit, susu akan keluar, kuman akan masuk. Jangan picit, dia akan bengkak.. dalam ada susu.

Di bahagian pusat, perlu dilap terlebih dahulu seperti biasa menggunakan kapas dan kemudian gulungkan kapas lain sehingga berbentuk tajam lalu cucikan di dalam pusat.

Dalam dua minggu dia akan luruh.. yang penting jangan berbau, jangan ada segi tiga merah (pada luar pusat). Kalau ada segi tiga merah, maksudnya you kena cuci balik. Kalau tak, semua akan jadi merah dan ada nanah.

Meninjau ke ruangan komen, ternyata ramai netizen teruja mendengar penjelasan oleh Dr Tan.

bayi 1 bayi 2

Yang first time jadi ibu kena take note!

Sumber: TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.