in

“Cubalah kawin dulu” – Kecoh Di Twitter, Lelaki Sindir Wanita Tak Berhias Untuk Suami Di Rumah

Page Isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Min nak tanya sikit, kat timeline Twitter korang, topik atau isu apa yang tengah hot sekarang ni?

Haa, rata-rata korang mesti akan kata isu yang tengah viral macam kes polis tak layan panggilan aduan lah, pasal suami isteri cakap telur tiruan lah. Baru-baru ni kecoh pulak pasal tweet lelaki yang menyindir kaum isteri.


Thread yang dibuat menerusi akaun @AmirulRuslam, yang mengatakan selain taat kepada suami, tugas sebagai seorang isteri juga adalah harus bersiap untuk suami walaupun ketika berada di rumah.

“Isteri berhias pi pejabat punyalah cantik, balik rumah berhias untuk suami pun malas. Walhal suami dah provide segala keperluan berhias”

Tambahnya lagi, martabat seorang suami dikatakan lebih tinggi dari pemerintah. Oleh sebab itu, selaku isteri, berhias di rumah untuk suami juga sesuatu yang perlu dititikberatkan demi keharmonian dalam berumah tangga.

“Nikah lah nak, then baru you tahu”

Perkongsian thread lelaki itu mendapat perhatian warganet yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan pendapat lelaki tersebut. Mereka turut mengatakan bahawa kehidupan selepas bernikah tidaklah semudah yang dikatakan dengan hanya berhias demi suami.

“Lepas dah kawin, ada anak semua. Tak sempat lagi dah nak bersiap. Yang penting settlekan hal rumah je” – Netizen

Komen Full 1

Bukan itu sahaja, ternyata isu ini juga mendapat perhatian salah seorang selebriti tanah air iaitu Dato’ Fazley Yaakob yang turut kongsikan pendapatnya di Instagram miliknya @fazleyyaakob mengenai tweet lelaki tersebut.

https://www.instagram.com/p/CZ8YTNRPjb0/

Ujarnya di kapsyen, permintaan untuk isteri berhias itu tidak salah tetapi dari pihak suami juga, harus lakukan perkara yang sama seperti contoh berpakaian kemas selalu kerana perkahwinan merupakan teamwork bersama antara suami dan isteri dan barulah ia akan berlaku adil.

Nak kawin ni kena ada give and take. Yang penting sama-sama tolong ringankan beban masing-masing… Baru lah bahagia ke anak cucu. Betul tak?

Baca: Kecoh Pasangan Suami Isteri Dakwa Beli Telur Tiruan, Lelaki Ini Kongsi Tips Pilih Telur Segar

Untitled 1 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.