in

Cuaca Panas Melampau, KPM Beri Kelonggaran Guru & Murid Pakai Baju Sukan

Baju Sukan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ekoran cuaca panas melampau yang melanda Malaysia, Kementerian Pendidikan (KPM) berkata pihak mereka tidak menetapkan tempoh kebenaran bagi murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikannya memakai pakaian atau baju sukan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kebenaran khas itu bertujuan untuk mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan dan ianya bergantung kepada keadaan cuaca.


Dalam satu kenyataan, Fadhlina berkata KPM membuat keputusan ini dengan bantuan daripada KKM (Kementerian Kesihatan) dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Badan-badan ini memain peranan dalam memantau cuaca dan suhu untuk memastikan aktiviti bersama pelajar dapat diteruskan.

Untuk rekod, beliau berkata demikian ketika detemui selepas Jerayawara Pendidikan Madani dan Majlis Sambutan Hari Raya Bersama-sama Menteri Pendidikan baru-baru ini.

Terdahulu, KPM telah memberi kebenaran khas untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan semasa cuaca panas untuk mengelakkan sebarang masalah kesihatan.

Malah, KPM turut memaklumkan pemakaian tali leher tidak diwajibkan bagi murid yang memakai pakaian seragam sekolah.

Banyakkan minum air kosong semasa cuaca panasa ni!

Kredit: Berita Harian

BACA: Cuaca Panas Di Sarawak, Lelaki 52 Tahun Maut Didakwa Kerana Strok Haba

Capture 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.