Sejak akhir-akhir ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah memberikan peringatan mengatakan bahawa angka kes Covid-19 akan meningkat dalam masa beberapa minggu ekoran penularan subvarian Omicron XBB di Malaysia.
Sebentar tadi, Bernama melaporkan bahawa sebanyak 20,824 kes harian baharu Covid-19 telah dilaporkan dalam tempoh enam hari dari 20 Oktober hingga 3 November 2022.
Kes harian ini menunjukkan peningkatan hampir 60 peratus berbanding 13,050 kes baharu yang dilaporkan pada 22 Oktober hingga 27 Oktober.
Untuk pengetahuan korang, kes harian ini melonjak melepasi angka 4,000 semalam kepada 4,711 kes selepas kali terakhir negara mencatatkan kes 4,000 pada 12 Ogos 2022 yang lalu.
Daripada 4,711 kes ini, 10 negeri telah mencatatkan kes sebanyak tiga angka iaitu Selangor (1,609), Kuala Lumpur (1,168), Perak (391), Negeri Sembilan (299), Pulau Pinang (232), Sabah (215), Melaka (149), Kedah (135), Kelantan (128), Putrajaya (111).
Manakala negeri yang mencatatkan dua angka adalah Pahang (79), Sarawak (75), Johor (60), Terengganu (41) dan Labuan (14), manakala Perlis hanya mencatatkan 5 kes positif baharu.
Oleh kerana ini, pihak KKM terus menasihati orang ramai memakai pelitup muka ketika berada di kawasan sesak dan majlis berkaitan kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Baca: Negara Sedang Berdepan Dengan Gelombang Kecil Covid-19 – KJ