in

Covid-19: “Malaysia Tak Mampu Hadap ‘Lockdown’ Sekali Lagi” – KJ

page 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia tidak lagi mampu untuk melaksanakan sekatan pergerakan atau lockdown dalam masa terdekat bagi membendung penularan wabak Covid-19, berikutan aspek ekonomi dan kebajikan rakyat yang terjejas.

Perkara ini dijelaskan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ yang menyatakan strategi kerajaan untuk menghalang penularan wabak itu kini adalah dengan melaksanakan strategi mitigasi.


Melalui akaun Twitter rasminya, KJ memberi respon kepada kenyataan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing yang mempertikaikan keupayaan serta kredibilitinya dalam menguruskan pandemik Covid-19.

Kenyataan di laman sosial itu turut menjawab gesaan King Sing supaya Ketua Pengarah Kesihatan (KPK), Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah meletakkan jawatan kerana dikatakan tidak layak untuk memegang kedudukan itu, hanya kerana beliau bergelar ‘pakar bedah’ dan bukan ‘pakar kesihatan awam’.

King Sing sebelum ini turut mendakwa bahawa pihak DG Hisham enggan mendapatkan nasihat daripada China yang dikatakan lebih berpengalaman dalam memerangi penularan Covid-19.

Noor Hisham Abdullah 15 KKM compressed

Melalui ciapan itu, KJ turut menyertakan tangkap layar laporan berita yang menyatakan kota Yuzhou sebagai bandar China kedua yang menjalankan sekatan pergerakan (lockdown).

Tidak dinafikan pendekatan China (melaksanakan lockdown) berkesan. Namun strategi mereka iaitu containment (pembendungan) atau ‘zero Covid’ bermaksud total lockdown bila ada hanya tiga kes positif”

Membalas dakwaan dari ahli parlimen Bintulu itu, KJ menyatakan bahawa Malaysia telah berjaya menguruskan kes positif dengan berkesan melalui kaedah mitigasi, di mana kadar vaksinasi semakin meningkat.

Tambahnya lagi, penjagaan prosedur operasi standard (SOP) dan perlaksanaan TRIIS turut dijalankan agar kadar kematian dapat dikurangkan. Penggunaan unit rawatan rapi serta kemasukan pesakit baru ke hospital juga menurun dengan kawalan dari KKM pada masa ini.

Menutup ciapan itu, KJ memaklumkan bahawa DG Hisham menerima sokongan penuh daripadanya untuk menjalankan tugas sebagai KPK Malaysia.

Baca: KJ Perjelas Tuduhan Tak Divaksin Selepas Tular Imej Status Vaksinasi ‘Sedang Diproses’

2 9

Sumber: Code Blue

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.