Brazil menjadi negara kedua paling parah berdepan Covid-19 selepas mencatatkan lebih 1.2 juta kes positif dengan lebih 55 ribu maut akibat wabak tersebut, memetik worldometers.
Akibat daripada jumlah yang semakin hari semakin meningkat, dilaporkan mayat pesakit Covid-19 di salah sebuah hospital di negara itu terpaksa diletakkan bersebelahan pesakit di wad.
Mayat pesakit Covid-19 yang dibungkus plastik hitam itu jelas kelihatan diletakkan bersebelahan pesakit yang sedang mendapatkan rawatan, lapor Mirror.
Sebelum ini pada awal tahun, Presiden Brazil Jair Bolsonaro menyifatkan Covid-19 sebagai selesema ringan atau biasa, namun kenyataan itu jauh tersasar apabila Brazil menjadi negara kedua terburuk yang terkesan Covid-19.
Lebih mengecewakan petugas kesihatan khususnya para jururawat paling terkesan dengan wabak itu. Dicatatkan juga jururawat di Brazil paling terkesan buruk dengan Covid-19 berbanding negara lain di dunia.
Sehingga artikel ini ditulis sekurang-kurangnya 181 jururawat maut akibat Covid-19, menurut Majlis Jururawat Antarabangsa (ICN).
Malah sehingga May tahun ini, direkodkan lebih 15,000 jururawat di negara itu dijangkiti Covid-19 dan jumlah itu semakin meningkat secara drastik selari dengan peningkatan jumlah kematian di Brazil.
Lebih mengecewakan, penduduk tempatan masih membanjiri pantai Brazil dengan lebih 50,000 orang berkumpul dalam sehari, malah tidak memakai penutup hidung dan mulut serta mengabaikan penjarakan sosial.
Susah juga bila rakyat masih berdegil kan…