Sekarang ni mesti korang perasan kan, pergi mana-mana kedai ‘drug store’ mesti dah habis mask tiap kali tanya.
Padahal kita dinasihatkan untuk memakai mask, setiap kali berada di luar atau kawasan ramai orang.
Cuma apa yang berlaku di China ini cukup ‘sweet’ dan ‘tak sangka’ dalam mereka berhadapan dengan wabak coronavirus, masih ada lagi insan yang berhati mulia sanggup beri mask kepada pihak berkuasa.
Korang tengok video ni :
https://www.facebook.com/scmp/videos/204317687389405/?v=204317687389405
Dalam ketegangan China berhadapan dengan wabak maut, Coronavirus, seorang lelaki muncul dan menyerahkan 500 topeng muka di Balai Polis.
Dalam video tersebut, korang boleh nampak lelaki itu tinggalkan topeng muka tersebut di kaunter hadapan dalam balai polis itu, malah dia sempat mengucapkan terima kasih kepada anggota polis yang ada di balai tersebut.



Dia kemudiannya terus keluar dari balai dalam keadaan berlari anak, 2 anggota kemudian cuba memanggilnya namun lelaki itu berlalu pergi.
2 anggota itu kemudiannya berdiri menghadap lelaki itu dan memberikan tabik hormat kepadanya.


Malah tindakan lelaki itu sekaligus ‘memalukan’ perilaku buruk penjual topeng di luar sana yang menaikkan harga ketika orang ramai sedang mencari-cari topeng muka untuk kegunaan harian.
Salute u lah brother!