in

“Cool gila weh, tukar baju 11 saat” – Netizen Terpukau Tengok ‘Behind The Scene’ Video Muzik Lagu Baru TokTi

ct10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin  (TokTi) sekali lagi menjadi tumpuan warganet di media sosial selepas muzik video lagu daripada album terbaru ManifestaSITI2020 yang berjudul Kuasa Cintamu sudah mula ditayagkan di YouTube malam tadi.

Muzik Video itu telah meraih sekitar 200,000 jumlah tontonan sejak 15 jam ia dimuatnaik. Apa yang membuat netizen terpukau dengan muzik video ini adalah, rakaman disebalik tabir penggambarannya.


 

Kuasa Cintamu

Menerusi Harian Metro, pengarahnya Adriana Tunku menjelaskan bahawa, muzik video ini menceritakan perjalanan hidup TokTi dari dia lahir sampai dikurniakan cahaya mata.

Korang boleh lihat dalam muzik video tersebut, dari TokTi dilahirkan, ke zaman kanak-kanak, masuk bintang RTM sampailah ada Siti Aafiyah.

“Bila diteliti, lagu Kuasa Cintamu ini sebenarnya sarat dengan emosi yang bercerita mengenai cinta yang bersifat universal. Ia boleh merujuk kepada beberapa bentuk cinta yang ada dalam kehidupan kita seperti cinta kepada Tuhan, pasangan, ibu bapa, keluarga dan anak.

“Kami mengambil tema yang lebih luas dalam menggambarkan Kuasa Cintamu dalam kehidupan seseorang itu. Menampilkan kisah hidup Siti sendiri sebagai tema utama dalam video muzik ini, kami cuba menyorot kembali perjalanan hidup Siti dari kecil hingga dewasa dan setiap bentuk cinta yang pernah dirasainya dari dahulu hingga kini.”

Itulah keunikan yang kita dapat tengok dalam muzik video lagu Kuasa Cintamu ini. Bagi siapa yang belum layan, meh tengok dulu sinii.

Selain itu, apa yang uniknya dalam muzik video daripada Denhouse Production ini adalah lagu ciptaan Melly Goeslow dan lirik ditulis oleh TokTi itu menggunakan teknik penggambaran sekali rakam yang memerlukan perancangan rapi. Kata Adriana.

 

Video Behind The Scene

https://www.instagram.com/p/CIQbNB2lxrq/

Rakaman disebalik tabir penggambaran itu didedahkan oleh Train Akmal, Assistant Props Master daripada Studio Selepas Ribut yang terlibat ketika penggambaran itu.

“Look how struggle we are..budak2 art department.”

Video yang dimuatnaik menerusi Instagram itu dikongsikan semula di Twitter dan jadi viral  sehingga meraih 3.7K retweets kerana ia betul-betul memukau netizen.

Berdasarkan pemantauan netizen, TokTi hanya mengambil masa kira-kira 11 saat sahaja untuk menukar pakaian dan sekaligus menukar ‘suasana’ lokasi.

Ada netizen impressed macam mana tengok TokTi boleh tukar tudung sepantas itu.

ct ct2 ct3 ct4 ct5

Ramai juga yang memuji dengan idea dan kepantasan production team tu.

 

Baca : “Tiada niat untuk berdiam diri” -Sah! TokTi Hamil 4 bulan

tokti4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.