in

‘Content Creator’ Media Sosial Didakwa Aniaya Anak Monyet Sampai Mati

Content Creator Monyet
Gambar Hiasan

Seorang pencipta kandungan (content creator) ditahan kerana dipercayai mendera seekor anak monyet Januari lalu sehingga menyebabkan kematian haiwan tersebut.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, lelaki berusia 37 tahun itu sudah dirakam percakapannya susulan laporan polis mengenai tindakannya itu oleh orang awam pada 20 Januari lalu.

Difahamkan lelaki berkenaan menyebabkan kematian seekor anak monyet akibat penderaan dengan cara memukul, dicacatkan anggota badan malah dibakar bahagian kaki dan tangannya.

Cats 19

“Hasil siasatan membawa serbuan di sebuah unit kediaman di Setia Alam dan pemeriksaan ke atas penghuninya iaitu seorang lelaki menemukan beberapa perkakas.

Peralatan serta sebuah telefon bimbit yang mengandungi gambar anak monyet yang didera.

Suspek dalam kes ini dirakam percakapan dan telefon bimbit miliknya dirampas. Tiada sebarang tangkapan memandangkan kes ini tidak lazim ditangkap. Setakat ini empat saksi sudah dipanggil untuk membantu siasatan,” katanya.

Dalam laporan yang sama, difahamkan kertas siasatan sudah dihantar ke Pejabat Perundangan Negeri Selangor pada 2 Februari dan diedarkan ke Jabatan Peguam Negara untuk kajian pada 22 Februari.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 30(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang mana jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun.

Baca: “Jangan takut abang ada” –  [VIDEO] Wartawan Tengah ‘Live’ Selamatkan Kanak-kanak Dikejar Monyet 

Wartawan Selamatkan Adik Kejar Monyet 1

Sumber: Ultra Sukan