Hari ini pelajar-pelajar yang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2021 menerima keputusan peperiksaan tersebut. Sudah pastinya, topik ini menjadi bualan hangat di semua laman media sosial malah, #SPM2021 trending di Twitter.
Keputusan SPM adalah permulaan akademik seseorang itu, ia juga menjadi batu loncatan untuk mereka menyambung pendidikan ke tahap yang lebih tinggi.
Mesti ramai yang ingat dengan nama Ain Husniza kan? Dia merupakan seorang pelajar yang bersuara mengenai lawak lucah yang dibuat oleh gurunya ketika di dalam kelas.
Dia juga merupakan calon SPM tahun 2021 dan mengambil keputusan peperiksaan itu hari ini. Lebih menggembirakan, keputusan SPM Ain Husniza amat membanggakan walaupun terpaksa tempuh pelbagai cabaran.
From this. To this.#Spm2021 #MakeSchoolASaferPlace pic.twitter.com/E1Qm63gHxO
— ain #MakeSchoolASaferPlace (@ainhsaifulnizam) June 16, 2022
Menerusi laman Twitter, Ain berkongsi keputusan peperiksaannya iaitu 7A dan 1B, sudah semestinya keputusannya itu amat membanggakan.
Malah, dalam thread yang ditulisnya, dia berkongsi pengalaman di mana dia mengalami tekanan yang teruk kerana dikecam oleh netizen. Selain itu, Ain juga berkongsi dia terpaksa naik turun balai polis untuk mempertahankan haknya.
Naik turun balai polis ?? Nangis sana sini, pressure study, pressure kena kecam. Sksks ????? When I read that message, I promised to myself I'm going to proof them wrong.
— ain #MakeSchoolASaferPlace (@ainhsaifulnizam) June 16, 2022
Tidak cukup dengan itu, dia juga berkongsi bagaimana dirinya pernah diberi amaran buang sekolah atas isu yang dibangkitkannya itu.
Bagaimanapun, dia telah membuktikan bahawa dia dapat memperjuangkan haknya dan juga cemerlang dalam pelajarannya.
Congrats Ain!
Baca: Lepas ‘Grad’ PhD Pada Usia 29 Tahun, Terus Jadi Pensyarah Di Korea. Wanita Cantik Ini Rupanya...