Pelakon, pelawak dan penyanyi, Ilya Buang Shaharum atau lebih popular sebagai Pak Ya bukanlah individu asing lagi dalam hiburan tanah air.
Walaupun nama Pak Ya semakin popular, ternyata masih ramai lagi yang tidak tahu mengenai satu fakta menarik tentang pelawak berusia 55 tahun itu yang mempunyai saudara kembar.
Tular sebuah video di laman TikTok menerusi akaun @usoppgahai yang memaparkan Pak Ya sedang duduk di sebuah warung bersama seorang lelaki yang dilihat begitu seiras wajahnya.
@usoppgahai
Rupanya, lelaki yang memiliki wajah seiras Pak Ya itu adalah abang kembarnya sendiri yang bernama Yang Sharkawi Shaharum.
Menerusi video itu, Pak Ya memakai t-shirt berwarna putih manakala kembarnya memakai t-shirt berkolar berwarna biru gelap.
“Confuse kejap”
Melihat di ruangan komen, ramai yang begitu teruja dan tidak menyangka bahawa Pak Ya mempunyai kembar. Dalam pada itu, netizen juga sempat berseloroh tentang memiliki seorang kembar yang seiras.
Difahamkan, kembar Pak Ya merupakan bekas guru dan bekas pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Larut Matang, Selama, Perak.
Untuk pengetahuan korang, Pak Ya menceburi dalam dunia hiburan sejak pertengahan era 90-an menerusi satu program realiti televisyen TV3 iaitu Sinaran Pasport Kegemilangan.
Setelah menjuarai pertandingan tersebut, beliau menganggotai kumpulan Senario yang ditubuhkan pada tahun 1996. Beliau meneruskan karya dalam dunia lawak apabila menyertai kumpulan Sepahtu dalam Maharaja Lawak Mega pada tahun 2014.
Baca: Viral Gambar Anggota MALBATT Mirip Wajah Sendiri, Shuib Teringin Nak Bersemuka