Kucing merupakan haiwan yang comel dan sangat jinak untuk dibela. Kucing juga antara haiwan yang sangat digemari ramai orang tanpa mengira peringkat umur. Bagi pencinta kucing yang memeliharanya, sudah pasti pelbagai ragam kucing harus di hadapi.
Baru-baru tular di Twitter, seekor kucing yang bernama Winslow mempunyai perangai unik yang tersendiri. Jika korang biasa mendengar kucing ‘mengiau’ untuk meminta makanan, lain pula bagi kucing bijak ini.
Dinner time is 2 hours from now pic.twitter.com/apG7l19uRD
— Kate Nyx (@xynetak) August 4, 2020
Video tular yang berdurasi 26 saat itu telah meraih lebih 800 ribu tontonan setakat ini. Kucing tersebut dilihat agak cerdik apabila ianya akan membunyikan piano kecil itu untuk meminta makan daripada tuannya.
Dalam video tersebut, kucingnya seolah-olah menyatakan bahawa ia sedang lapar dan meminta tuannya itu memberikannya makan walaupun belum masuk waktu makan lagi.
Lebih mengujakan lagi, selepas video kucingnya bermain piano itu tular, tuannya turut membuat lagu berdasarkan alunan piano yang dimainkan oleh kucing cerdik itu.
AVAILABLE NOW FOR BANDCAMP FRIDAYhttps://t.co/EwkcuAOksl
The debut single from Winslow the Cat
BEAN GOTTA SCREAM ✨https://t.co/Csk9KI0PFU— Kate Nyx (@xynetak) August 7, 2020
Netizen yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat ‘si bulu’ yang bijak bermain piano itu turut tidak sabar untuk menunggu lagu yang dicipta oleh tuannya sendiri dan dikatakan lagu tersebut turut akan berada di aplikasi muzik terkenal, Spotify.
Wah! Sekejap ye kucing comel ni dah jadi artis…