Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya terkenal dengan sifatnya yang keibuan dan cukup ramah dengan rakyat jelata.
Sifat ini bukan sahaja ditonjolkan ketika baginda Raja Permaisuri Agong berada di Malaysia bahkan ketika Tunku berada di Tanah Suci.
Baru-baru ini tular video di TikTok yang dikongsikan seorang wanita memperlihatkan Raja Permaisuri Agong yang ketika itu dikawal ketat oleh tentera Arab Saudi.
Kemudiannya Baginda Tunku berlari-lari anak selepas bertemu jemaah haji Malaysia yang mengajaknya untuk selfie.
Rezeki berjumpa di Masjidil Haram di pagi RAYA, CUTE sangat tengok Raja Permaisuri Agong berlari bila rakyat ajak selfie sampai polis arab kat belakang tu pun berlari sekali, proud to have u as our QUEEN”
Bukan itu sahaja, Tunku Azizah sempat mengucapkan Selamat Hari Raya mendoakan wanita berkenaan mendapat hari yang mabrur.
Menurut mStar, wanita yang dikenali sebagai Naimey yang berasal dari Kelantan itu berkata, dia baru selesai melakukan tawaf dan saie pada pukul 3.30 pagi waktu tempatan (8.30 pagi waktu Malaysia).
“Sangat teruja waktu tengok tu. Mula-mula tak pasti betul ke tidak TPA tapi saya cepat-cepat keluarkan telefon bimbit yang mana niat asal cuma nak selfie dari jauh je.
“Dari jauh tu TPA lambai-lambai. Tapi bila TPA tengok saya keluarkan telefon bimbit untuk selfie dari jauh, baginda terus berlari menghampir kami”
@naimeyjalil Rezeki di Pagi Raya Qurban. Cute tngok Raja Permaisuri berlari bila kak emi ajak selfie ! U make us proud & feel bless 🥹#CaryaZara #fyp #rajaPermaisuriAgong
Video yang dikongsikan Naimey di tiktok kini meraih lebih 1.5 juta views.
Rata-rata memuji sikap Raja Permaisuri Agong yang cukup merendah diri dan mesra rakyat. Malah ramai berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana mempunyai pemimpin negara yang cukup berjiwa rakyat.
Tapi kalau korang pernah jumpa YDPA dan Raja Permaisuri Agong, memang sangat humble dan berjiwa rakyat. Rasa macam ayah dan mak sendiri.
Baca : [VIDEO] Agong & Permaisuri Dipuji, Tidak Pijak Plak Peringatan Di Westminster Abbey