Buat peminat sukan, Olimpik Tokyo sememangnya sesuatu yang dinanti-nantikan. Acara dimana atlet terbaik dari seluruh dunia berkumpul dan beradu kehebatan masing-masing. Malah saban hari ada sahaja kisah menarik dari Tokyo yang dikongsikan oleh peminat-peminat sukan dunia.
Terbaru, viral di Twitter gambar atlet terjun Britain, Tom Daley atau dikenali sebagai Daley yang sedang sibuk mengait semasa acara 3m papan anjal wanita berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo baru-baru ini.
Sementara rakyat Malaysia fokus menyaksikan Dhabitah Sabri beraksi, lensa kamera pula tertumpu pada Daley yang ketika itu sedang khusyuk mengait di bahagian kerusi penonton.
Daley, 27 yang baru sahaja memenangi pingat emas acara terjun 10 meter seirama lelaki bersama rakan sepasukannya, Matty Lee pada Isnin lalu dilihat selamba mengait di tempat duduk penonton tanpa mempedulikan apa yang terjadi di sekitarnya.
Foto itu kemudiannya viral di media sosial dan ramai memberikan reaksi terhadap ‘aksi bersahaja’ yang dilakukan Daley.
What did @TeamGB's @TomDaley1994 do after winning an Olympic gold medal?
He knitted a little pouch for it ?#TokyoOlympics (via IG/madewithlovebytomdaley) pic.twitter.com/SCg3lV3KIk
— NBC Olympics & Paralympics (@NBCOlympics) July 29, 2021
Dalam videonya, Daley berkata di Tokyo dia turut meluangkan masa mengait saku pingat untuk mengelakkan pingat yang dimenanginya daripada bercalar.
Satu perkara membuatkan saya asyik dengan kerja ini ialah minat mendalam dalam seni kaitan fabrik dan jahitan. Saya juga boleh membawa ke mana sahaja pingat tanpa ia tercalar.”
Dah la hensem, power dalam sukan, pandai jahit pula tu. Kan best kalau min jadi dia