in

Comel! Dah Tak Sama Kelas Dengan Best Friend, Budak Lelaki Tahan Nangis Minta Mami Tuliskan Surat Perpisahan

fi deo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dulu masa zaman sekolah mesti korang ada best friend yang sekelas kan? Pernah tak korang berpisah sebab salah sorang daripada korang terpaksa pindah kelas? Mesti sedih kan? Dah takde dah kawan nak berbual, main sama-sama dalam kelas.

Baru-baru ini, tular sebuah video comel di laman Twitter mengongsikan tentang gelagat seorang budak lelaki yang bernama Deo, menahan nangis apabila mendapat tahu sudah tidak lagi sekelas dengan sahabatnya.


Video yang dikongsikan oleh @opentillsunrise dari negara Indonesia ini telah berjaya membuat ramai turut sebak kerana pada mulanya Deo masih lagi maintain boleh tahan air mata, tapi lama-lama air matanya tumpah juga!

https://twitter.com/opentillsunrise/status/1478373861519282176?s=21

“Kalo sedih bilang aja sedih,” itulah kata-kata yang diucapkan oleh Mami Deo apabila melihat anak lelakinya kelihatan sebak menahan nangis selepas mendengar berita perpisahan dengan sahabatnya yang dipercayai bernama Michelle.

Oleh sebab bakal berpisah dengan Michelle, Deo meminta maminya menuliskan surat perpisahan untuk diberikan kepada sahabatnya itu. Namun, isi suratnya itu yang membuat ramai sebak..

“Semoga aku bisa ketemu kamu lagi di masa depan,” kata Deo ketika meminta maminya menulis isi surat untuk sahabatnya.

Video mengharukan yang berdurasi seminit 22 saat tersebut telah berjaya mendapat jumlah tontonan sebanyak 1.2 juta dan 66.9 ribu likes! Bukan itu sahaja, sebanyak 1.7 ribu komen telah diterima video ini dengan mengatakan ramai yang turut bersedih melihat gelagat Deo yang comel dan sweet itu.

komen deo

Min pun sebak tengok video Deo ni. Kecil-kecil dah sweet nanti dah besar macam mana lah Deo ni…

Baca: “Kreatif dan sweet!”-[VIDEO] Siap Buat ‘Slide’, Netizen Puji Cara Unik Wanita Minta Izin Suami Untuk Pergi Berkelah

baca deo

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.