Kumpulan penyanyi dari Britain, Coldplay awal pagi ini telah mengumumkan bakal mengadakan persembahan di Singapura dekat Stadium Nasional (National Stadium) selama empat malam pada 23, 24, 26 dan 27 Januari 2024.
Pengumuman itu dibuat Coldplay menerusi semua laman platform media sosialnya, yang mana ia menjadikan ini sebagai penampilan pertama dibuat kumpulan tersebut beraksi selama empat malam di venue yang sama, lapor Astro AWANI.
View this post on Instagram
Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas Live Nation Singapore memuat naik teaser yang memaparkan promosi jelajah Coldplay yang dimainkan di skrin beberapa bangunan di Singapura.
“Tolong pertimbangkan tambah 1 hari untuk KL”
Seperti yang ramai sedia maklum, kumpulan Coldplay juga bakal mengadakan konsert di Malaysia pada 22 November tahun ini dan sambutan terhadap penjualan tiket juga boleh dikatakan sangat menggalakkan kerana tiket habis lepas tiga jam ia dijual.
Disebabkan hal tersebut, ramai yang meminta supaya Coldplay menambah satu lagi hari untuk konsert tersebut di Kuala Lumpur, namun permintaan tersebut masih belum mendapat maklum balas pihak berkenaan.
Namun dengan pengumuman terbaharu dari Coldplay hari ini, ramai yang meluahkan rasa kecewa kerana membandingkan jumlah hari konsert di Malaysia dan Singapura.
Ramai yang memohon supaya cadangan untuk menambah hari konsert di Malaysia diadakan dan ada juga bercadang untuk pergi ke Singapura menonton konsert berkenaan.
Apa-apapun bagi korang yang bercadang nak pergi konsert Coldplay di Singapura pada Januari ini, pastikan korang dah ada duit yang mencukupi kerana prajualan tiket akan diadakan pada 19 Jun ini dari 2 petang hingga 11.59 malam.
Jualan terbuka pula akan bermula pada 20 Jun dari 2 petang melalui Ticketmaster, dengan harga tiket bermula S$68 tidak termasuk yuran tempatan.
Selain Singapura, Coldplay juga menambah Manila dan Bangkok dalam siri jelajah mereka yang sedang berlangsung iaitu pada 19 Januari dan 3 Februari 2024.
Baca: “Tak promosi LGBT dalam lagu” – Netizen Setuju Tokoh Agama Indonesia Ulas Isu Coldplay