Setelah 8 bulan Ashraf Sinclair meninggal dunia, balunya, Bunga Citra Lestari (BCL) dilihat kini lebih kuat dan bangkit daripada kesedihan.
Bermula dengan mengeluarkan single terbaru bertajuk 12 Tahun Terindah yang didedikasikan buat arwah suami, BCL kini nampaknya berkolaborasi dengan Ariel Noah dalam lagu Menghapus Jejakmu yang kini dicalonkan dalam Anugerah Muzik Indonesia (AMI) 2020.
Berkongsi berita gembira itu, BCL memuat naik satu video khas dia bersama Ariel Noah di Instagram.
“Belasan tahun di industri muzik, ini adalah kali pertama aku mula memberanikan diri bertindak menjadi produser bersama Ariel Noah. Dan, gembira sekali rasanya ketika tahu kalau lagu ini dicalonkan sebagai Karya Produksi Kolaborasi Terbaik AMI 2020,” katanya.
Namun dek kerana kemesraannya dengan Ariel Noah di dalam video tersebut ramai yang salah anggap dan mahu menjodohkan BCL dengan bekas kekasih Luna Maya itu. Pulakk…
“Semoga jodoh sama Ariel” – Netizen
Selain daripaca komen tahniah atas kejayaan yang dicapai dua penyanyi itu, ramai yang meninggalkan komen kedua-duanya begitu serasi bersama dan harap mereka berjodohan di suatu masa nanti.
Dilancarkan di Youtube pada 14 Februari lalu, video tersebut kini katanya telah mencatat lebih 67 juta tontonan. Nah tengok Menghapus Jejakmu kat bawah ni:
Hmm korang rasa-rasa dorang ‘cocok’ tak? Apa-apapun tahniah BCL!
Baca: ‘12 Tahun Terindah’, Lagu BCL Buat Arwah Suaminya Bikin Ramai Menangis