Seperti yang kita semua maklum, sekali lagi kita digemparkan dengan khabar berita yang amat mendukacitakan kepada penduduk Palu di Sulawesi, Indonesia mengenai bencana alam yang menimpa di bandar tersebut baru-baru ini,
Gempa bumi 7.5 magnitud serta tsunami yang terjadi pada Jumaat (28 September) lepas, telah meragut 400 nyawa. Semestinya jika berlaku bencana, orang ramai akan berusaha keras untuk selamatkan diri kan?
Namun bukan bagi pemuda 21 tahun ini, Anthonius Gunawan Agung begitu berani berdepan dengan situasi cemas tersebut.
Anthonius Gunawan Agung, 21, Kakitangan Penerbangan
Disaat rakan-rakan sekerjanya yang lain cuba untuk menyelamatkan diri, Anthonius Gunawan membuat keputusan untuk tidak berganjak daripada menara kawalan untuk mengendalikan pesawat yang mempunyai ratusan penumpang. Ia bagi memastikan penumpang dapat berlepas dengan selamat biarpun sedang berhadapan dengan detik cemas.
“Tunggu pesawat terbang sebelum tinggalkan Menara Kabin “
– Jurucakap AirNav Indonesia
Menurut The Star, jurucakap AirNav Indonesia, Yohanes Harry Sirait berkata,
“Apabila gempa bumi itu berlaku, dia baru saja membersihkan penerbangan Batik Air untuk berlepas dan menunggu pesawat terbang selamat sebelum akhirnya meninggalkan menara kabin ATC.”
Selepas pesawat berlepas, bangunan tersebut bergegar. Anthonius bertindak dengan terjun bangunan empat tingkat untuk selamatkan diri.
Maut ketika menunggu helikopter sampai untuk dihantar ke Pusat Perubatan
Akibat tindakan itu Anthonius mengalami kecederaan kaki dan dalaman, sayangnya dia mati semasa menunggu helikopter untuk menghantarnya di pusat perubatan yang terdekat.
Mayat Anthonius akan diterbangkan ke Makassar sebelum dibawa ke kampung halamannya di Papua. Anthonius, yang bakal menyambut kelahiran yang ke 22 pada 24 Oktober ini akan diberikan penghapusan fero sebagai cara untuk menghormati kematiannya.
Dinaikkan pangkat sampai dua peringkat sebagai penghormatan
Baca : Nenek Hero! Selamatkan Cucu Dalam Kebakaran di Kota Kinabalu