Seperti yang ramai tahu, CNN ialah agensi berita luar negara yang amat disegani dan menjadi rujukan ramai disebabkan kredibilitinya dalam menyampaikan berita ke seluruh dunia.
Tapi baru-baru ni, netizen Malaysia katanya tak puas hati lepas CNN keluarkan artikel 50 Of The World Best Desserts dan menyatakan Cendol yang sedap berasal dari Singapura, lapor Astro AWANI. Whaaat serius lah dari Singapura? Admin pun tak setuju!
Kacang merah sebab Cendol Singapura sedap?
Menurut CNN Travel, punca cendol di Singapura lebih sedap daripada cendol-cendol di tempat lain ialah kerana campuran kacang merahnya yang manis, membuatkan rasa cendol ini lebih klasik dan sedap!
Sungguhpun asal usul cendol ni masih tak diketahui, namun menurut iFood, perkataan ‘cendol’ pertama kali diterbitkan dalam satu projek Melayu pada tahun 1932!
“Macam mana boleh kata sedap cendol Singapore? Sedangkan bahan tu semua dari Malaysia”
Macam manapun, as you all know, orang Malaysia ni kalau sebut pasal makanan memang touching habislah! Kalau dulu chef terkenal boleh kena bash kerana rendang ayam crispy, ini pulak pasal cendol.
Ramai di kalangan netizen Malaysia nampaknya tak puas hati dengan artikel yang dikeluarkan CNN, siap cakap CNN ni belum pernah rasa lagi kesedapan cendol kat Malaysia. Fuhhh!
“Cendol pun nak tanya… makanlah tak kira asal mana!”
Namun ada jugak di kalangan netizen yang tak kisah pun cendol dari mana yang sedap. Asalkan cendol tu sedap untuk dimakan dan lagi best kalau cendol itu free dan buatan air tangan ibu. Gitew!
Apa-apapun gais janganlah gaduh-gaduh sebab ini hanya penilaian peribadi CNN saja. Hanya korang je yang tahu cendol mana yang sedap untuk korang makan.