in

Cipta Rekod Keseimbangan, Lelaki Ini Berjaya Bawa 735 Biji Telur Hanya Di Atas Topi Kepala

F4 Rekod Telur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai juga antara kita yang bercita-cita untuk mencipta rekod dunia dengan bakat yang kita miliki.


Lelaki dari Benin, Afrika Barat ini nampaknya berjaya menjadikan impiannya sebuah realiti kerana baru-baru ini, dia telah mengimbangkan 735 biji telur hanya menggunakan topi di atas kepalanya.

Rekod Telur 2

Menurut Sinar Plus, video kejayaan lelaki yang dikenali sebagai Gregory Da Silva itu telah dimuat naik di Instagram Guinness World Records baru-baru ini.

Disebabkan dia memiliki bakat yang lain dari yang lain, Da Silva sering dijemput ke rancangan televisyen di negaranya. Menariknya lagi, dia juga digelar sebagai eggman oleh netizen di sana.

Rekod Telur 3

Difahamkan, untuk menyusun ratusan biji telur di atas topi itu, dia telah mengambil masa selama tiga hari untuk menyiapkannya. Selain itu, dia juga dikatakan kerap terbang ke serata dunia untuk berkongsi bakat uniknya itu dengan orang ramai.

Bukan biasa-biasa ni. Kita nak keluarkan 10 biji telur sekali gus daripada peti ais pun belum tentu berjaya kan. 

Sumber: Sinar Plus, Instagram guinnessworldrecords 

Baca: “Stamina bukan biasa-biasa” – Wai Ching Catat Rekod Dunia Daki Tangga 1.295KM Dalam 1 Jam 

Rekod Telur 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.