in

Cinta Itu Penuh Misteri, Wanita Restu Bekas Suami Kahwini Adik Kandung

Cats 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah hantaran di Facebook mendapat perhatian ramai kerana memaparkan kisah seorang wanita yang merestui perkahwinan di antara bekas suaminya dan adik kandungnya sendiri.

Hantaran itu dikongsikan menerusi Facebook Mamanya Aldy, yang turut menyertakan dua gambar pasangan pengantin itu. Wanita tersebut turut mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan bekas suami dan adik kandungnya.


“Adik kandungku, semoga kau selalu bahagia bersama bekas suamiku. Selamat menjalani hidup baharu,” tulis Mama Aldy.

Dalam gambar yang dikongsikan, kelihatan pasangan suami isteri yang baru sahaja berkahwin dengan busana hitam dan putih. Bekas suami wanita berkenaan dilihat ketawa kegembiraan sambil merangkul pinggang adik kandungnya.

Kahwin Adik Kandung

Hantaran ini mendapat pelbagai maklum balas warganet yang ternyata mempunyai pendapat bercanggah. Ada yang turut mengucapkan tahniah, namun ada juga yang mempersoalkan kesetiaan bekas suami wanita tersebut.

“Setelah berkahwin, anak wanita tu panggil ayah atau pak cik”, komen seorang warganet.

Dalam satu komen lain, ada seorang individu mendakwa adik wanita tersebut sebenarnya seorang janda dan menetap bersama kakaknya sebelum ini.

Dia akhirnya jatuh cinta bersama suami kakaknya, lalu berkahwin dengan lelaki tersebut selepas mereka bercerai.

Dah macam sinetron pun ada ni…

Kredit: Kosmo

BACA: Selipar Jepun Sebagai Mahar, Pasangan Indonesia Ini Selamat Bernikah. Mudah Dan Jimat!

Cats 21

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.