in

“Cing cong cing” – [Video] Ajuk Lelaki Chinese, 3 ‘Matsaleh’ Rasis Dikecam Netizen

Ft Rasiss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasisme bukanlah perkara baru dan ia wujud di kebanyakan tempat. Realiti yang menyedihkan.

 

Namun isu perkauman yang kian memuncak di seluruh dunia kini sedang dialami oleh mereka dalam golongan ‘berdarah’ Cina. Sehingga ada satu kes di New York, seorang warga Jepun dibelasah teruk oleh lapan orang muda hanya kerana dia kelihatan seperti orang Cina.


Rasis

Bolehkah ia dihentikan? Wallahualam.

 

Cing Cong Cing Cong – Matsaleh

Dalam satu video yang tular di Twitter, netizen mengecam tindakan tiga orang pemuda (yang dipercayai warga Amerika) bercakap mengajuk-ajuk lelaki yang dipercayai berdarah Cina dalam web video call, Omegle.

Omegle : Talk to Strangers! 

Rasis2

 

Tak perlu terangkan panjang-panjang, korang boleh tengok videonya sendiri.

https://twitter.com/daanielhan/status/1338366598223077376

 

Cing cong cing cong! (try cakap bahasa Cina?)

I give you free 2! 1 Dollar because you my friend (dalam filem, orang Cina digambarkan suka menawar-nawarkan harga).

This is real t-shirt, not fake like China (stigma).

Semua korang punya sebenarnya kitorang punya (masih berjiwa penjajah ya dorang ni).”

Begitulah kata-kata mereka kepada orang yang baru sahaja dikenali di internet hanya kerana dia kelihatan Cina.

No joke ok guys, semenjak Covid-19 wujud, rasisme terhadap orang Cina meningkat. Mengikut laporan Human Right Watch, 4 dari 10 orang dewasa mendakwa luahan rasis menjadi semakin biasa semenjak pandemik bermula.

Bagaimanapun, mangsa rasis ini kelihatan tenang sahaja melayan mereka seperti orang matang. Sudah dicucuk sebegitu rupa pun masih meneruskan panggilan video tersebut siap minta mereka teruskan bercakap lagi.

Dorang pula yang kelihatan ‘panas’ seperti umpan tak termakan.

 

Mak ayah dorang tak malu ke? – Netizen

Melihat betapa biadapnya pemuda-pemuda tersebut, beribu netizen mengecam mereka. Ada yang mempersoalkan sama ada ibu bapa mereka ajar anak-anak atau tidak sehingga kelakukan begini boleh keluar.

Tak kurang juga yang hormat dengan mangsa kerana dia tenang melayan mereka.

Selain itu ada juga menceritakan pengalaman yang lebih kurang sama.

“Ada orang salahkan saya punca Covid.”

https://twitter.com/i/status/1338818015467511809

Rasis3.2

 

Dah diambil tindakan?

Rasis3.1

Semoga hal seperti ini dijauhkan dari rakyat Malaysia.

 

Baca : “Nak Melayu je bantu!” – Lelaki Cina Kena Halau Dengan 2 Orang Awam Rasis Waktu Nak Tolong Mangsa Accident

Rasis8

Sumber: Japan Today
Sumber: Twitter
Sumber: twitter
Sumber: twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.