Menjadi sorang guru atau pendidik ini semestinya meraka yang berhati cekal dan penuh berdedikasi. Selain perlu berhadapan dengan pelbagai kerenah anak murid, guru-guru perlu terlebih dahulu membuat persiapan dari segi rancangan mengajar, penyediaan bahan dan membuat persediaan.
Umum ketahui, sejak akhir-akhir ini, sesi persekolahan tetap diteruskan secara online selaras dengan pengumuman Kementerian Pendidikan tentang perlaksanaan Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Dirumah (PdPR).
Walaupun menghadapi pelbagai kekangan, dedikasi yang ditunjukkan oleh cikgu-cikgu wajar mendapat pujian kerana berjaya menggalas tanggungjawab dalam keadaan dan situasi pembelajaran yang serba baharu.
Namun begitu, semenjak perlaksanaan PdPR ini, banyak juga perkongsian dan ‘keluhan’ para guru ini dan murid-murid dikongsikan dalam pelbagai media sosial seperti Facebook, Twitter mahupun TikTok.
Baru-baru ini, seorang cikgu telah kongsikan ‘keluhan’ yang sama apabila dia dikatakan telah di’palau’ atau diboikot oleh murid-murid nya. Menurut cikgu matematik tersebut, kejadian tersebut berlaku apabila dia telah menegur dan memarahi muridnya yang tidak menyertai kelas online yang diadakan.
Difahamkan juga, murid-murid yang ditegur melalui grup WhatsApp yang turut disertai oleh ibubapa tersebut telah dikatakan seakan-akan berpakat untuk ponteng berjemaah. Menerusi perkongsian pertama, difahamkan dia terpaksa menunggu sehingga 2 jam dan terbaru, hanya seorang murid sahaja yang join sesi pembelajaran.
“Syukur ada yang join, tapi dia pun left”
@azskelisnirinkelas pagi ini walaupun adik left cikgu tetap teruskan utk habiskan perbincangan latihan exam. cikgu minta maaf ye adik2 kalau trnampak video ni?♬ semangat ngontennya – SR.Kimz`ˢᵃⁿˢ
Perkongsian terbaru guru tersebut melihatkan hanya seorang sahaja sertai sesi tersebut, itupun difahamkan murid tersebut turut meninggalkan sesi berkenaan setelah ruangan chat dibuka.
Selain sikap acuh tak acuh pelajar, ramai diruangan komen berpendapat bahawa murid-murid sekarang sudah hilang hormat kepada guru selain ada yang mendoakan supaya Cikgu Vee kekal bersemangat untuk mencurahkan ilmu kepada pelajarnya.
Dalam masa yang sama, ramai juga mempersoalkan tindakan murid-murid tersebut yang tanpa rasa serba salah untuk ‘ponteng berjemaah’ selain ramai yang turut mempertahankan tindakan guru tersebut memarahi anak-anak muridnya.
Apa-apa pun, Cikgu Vee minta orang ramai untuk tidak menghentam mana-mana pihak, sebaliknya jadikan ianya sebagai pelajaran. Kepada adik-adik diluar sana, tolong hargai jasa guru-guru anda, hormati mereka seadanya.
Kesian min tengok cikgu tu, jangan putus asa ye cikgu. Teruskan dedikasi anda!
Baca : “Bukannya takut lagi dah” – Cikgu Matematik Viral Buat Rumah Hantu Macam Tempat Permainan Sahaja