in

Cikgu Din Diberikan Cuti, KPM Akan Adakan Pertemuan Bincang Kebajikan & Bantuan

Syaz Ft 2024 10 24T121529.970

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah cerita di Facebook di mana seorang guru diuji apabila isterinya menghidap kanser dan permohonannya untuk dipindahkan ditolak.

Guru yang dikenali sebagai Cikgu Din itu sedang berkhidmat di Sarawak dan isterinya sedang menjalani rawatan kemoterapi di Kelantan disebabkan sekolah tempat Cikgu Din bekerja memakan masa 2 jam perjalanan untuk ke hospital.


Artikel berkaitan: “Kalau cuci nanti” –  Pergi Sekolah Dengan Kasut Kotor & Lusuh, Alasan Murid Ini Buat Guru Sebak

Artikel berkaitan: “Jalan seret-seret kasut” –  Cikgu Sebak Lihat Murid Pakai Kasut Besar, Sumbat Tisu Untuk Muatkan Kaki

Dalam hantaran itu, Cikgu Din dikatakan tidak dibenarkan untuk berpindah daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana pertukaran itu hanya boleh dibenarkan bagi guru yang sudah berkhidmat selama 3 tahun.

Malah, perkara itu menyebabkan Cikgu Din bertarung dengan Mental Depression Disorder (MDD).

Hantaran itu tular di Facebook dan sampai ke pengetahuan KPM, hari ini pihak kementerian mengumumkan akan melaksana tindakan segera bagi memberi bantuan kepada Cikgu Din.

Difahamkan, dalam satu kenyataan KPM, guru berkenaan telah diberikan cuti untuk berada bersama isterinya.

“KPM prihatin mengenai situasi seorang guru yang sedang diuji dengan masalah kesihatan isterinya.

Tindakan segera untuk memberi bantuan sedang diambil. Guru berkenaan telah diberikan cuti untuk berada bersama-sama dengan isterinya,” tulisnya.

Menurut KPM, satu pertemuan dengan guru berkenaan akan diadakan dalam waktu terdekat bagi membincangkan mengenai kebajikan dan lain-lain perkara.

Sumber: Astro AWANI, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.