in

Cik Epal Vs Jofliam: Insiden Ambil Barang Bertukar Tragedi, Ini Rangkuman Kisah Kedua Belah Pihak

cik epal v jofliam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam lagi, hangat diperkatakan mengenai pergelutan yang berlaku di antara Cik Epal dan Emira Delyati Dewi yang dipercayai berlaku di rumah Jofliam.

Antara yang tular, dakwaan Cik Epal yang mengatakan dia telah dikasari Dewi sehingga matanya luka akibat dicakar ketika mengambil barang-barang miliknya di kediaman bekas suaminya itu.


dejoep

Susulan itu, pelbagai kenyataan keluar daripada kedua-dua belah pihak, cuba untuk menceritakan kronologi dan mempertahankan diri atas dakwaan yang dilemparkan.

Bagi korang yang mengikuti kisah mereka ini, berikut min rangkumkan kenyataan dari kedua-dua belah berkaitan insiden yang berlaku semalam supaya korang tak pening-pening lagi nak baca yang mana satu.

Artikel berkaitan: “Memang match made in hell” – Pedas, Cik Epal Sindir Bekas Suami, Sempat Titip Pesan Pada Dewi

Artikel berkaitan: “Bagi jelah bro” – Penat Tengok Isu Tak Habis-habis, Caprice Nasihatkan Jofliam

1. Cik Epal dakwa mata dilukakan dan dicakar Dewi

Semuanya bermula dengan video yang dimuat naik oleh Cik Epal yang mendakwa dirinya telah dikasari Dewi (isteri baharu Jofliam) ketika berkunjung ke rumah bekas suaminya itu untuk mengambil barang-barang miliknya di sana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cik Epal 🍎 (@cikepal06)

Bet*na hamak ni cakar dan lukakan mata aku. Ni lah pasangan penyondol yang hamak barang-barang aku,” katanya.

Di dalam video itu, dapat dilihat Cik Epal memarahi Dewi sebelum wanita itu menolak tutup pintu rumah.

2. Jofliam buat ‘cover report’ sebelum insiden berlaku

Menurut Jofliam, dia katanya telah membuat cover report di balai polis sebagai persediaan akan kejadian yang bakal berlaku dan menyatakan beberapa perkara yang perlu Cik Epal ikuti jika mahu mengambil barang-barangnya di rumah itu.

jo 1

Antaranya dengan memberi keizinan kepada tiga individu sahaja untuk masuk ke dalam rumah itu iaitu bapa mentua, ibu mentua dan bekas isterinya; barang yang diambil haruslah mendapat persetujuan daripadanya dan semasa urusan tersebut berlaku, tidak dibenarkan untuk membuat sebarang rakaman di luar mahupun di dalam rumah.

Tambahnya lagi, dia juga hanya membenarkan bekas isteri untuk berada di bahagian ground floor sahaja.

jo 2

3. Dewi perjelas kronologi kejadian, mahu pertahan diri sendiri 

Dalam masa yang sama, Dewi pula telah memuat naik posting di Instagram mempertahankan dirinya atas apa yang berlaku.

Menurut Dewi, Cik Epal atau nama sebenarnya Munirah telah hadir ke rumah Jofliam bersama ibu bapa pada jam 3 petang dan kedatangan itu telah disambut baik oleh pihak Dewi.

Pada awalnya, tiada pertelingkahan dikatakan berlaku dan Cik Epal juga sudah mengambil barang yang mahu diambilnya serta meletakkan barang tersebut di satu tempat tanpa gangguan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Emira Delyati Dewi (@emiradelyati)

Walau bagaimanapun, Dewi kemudian mendakwa Cik Epal telah bertindak di luar jangkaan apabila berlari ke tingkat 1 rumah tersebut dan melanggar perjanjian.

Dari situ pergelutan di antara kedua-duanya berlaku, di mana Cik Epal didakwa telah membaling dekorasi rumah di tangga dan mengasari dirinya. Dewi juga menunjukkan beberapa gambar wajahnya yang didakwa telah dicakari.

“Aurat saya didedahkan, kerana itu saya menutup pintu atas dua point ini katanya,” kata Dewi dalam hantarannya di IG.

IMG 4039

Dilampirkan juga laporan polis yang dibuat Dewi berhubung isu tersebut.

4. “Tunjuk video full bukan sekerat-sekerat” – Cik Epal 

Sebagai membalas kembali kenyataan Dewi malam tadi, awal pagi ini, Cik Epal telah menceritakan kejadian yang didakwa berlaku menurut sisinya pula.

Kata Cik Epal, meskipun Jofliam tidak membenarkan dia membuat rakaman di dalam rumah itu, tetapi lelaki itu pula bertindak sebaliknya dengan merakam video dari awal hingga akhir.

Kau mintak list, aku dah bagi semua list barang yang aku nak. Kau tak nak packing pastu suruh aku cari sendiri. Bila aku nak cari barang aku, tak kasi pulak.

“Nak tunjuk bukti, tunjuk video full bukan sekerat-sekerat. Itu bukan bukti. Itu berat sebelah. Aku datang untuk ambik barang aku je, bukan nak hadap muka kau. Kalau kau lelaki, patut kau leraikan bini kau. Bukan merekod apa situasi yang berlaku masa tengah bergelut,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cik Epal 🍎 (@cikepal06)

Menurutnya, Dewi yang menyerangnya terlebih dahulu dan Cik Epal hanya mempertahankan diri.

Malah dia juga mengatakan yang kukunya sentiasa pendek dan mempersoalkan tindakan Jofliam yang tidak menayangkan video isteri mencakar wajahnya dan menarik tudung pempengaruh itu.

5. Cik Epal dakwa Jofliam buang baju ibu bapanya 

Dalam satu lagi posting terbaharu, Cik Epal juga mendedahkan sikap ibu bapanya yang masih melayan baik Jofliam walaupun sudah menjadi bekas menantu.

Menurutnya, ahli keluarga Cik Epal tidak pernah membuka aib Jofliam di media sosial mahupun memperkatakan perkara buruk mengenai bekas suaminya itu.

Namun agak menyedihkan apabila Cik Epal menunjukkan senarai yang ditulis bapanya dengan bahagian baju ditandakan sebagai ‘buang dalam tong sampah’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cik Epal 🍎 (@cikepal06)

Ayah aku buat list ni semalam. Pinggan putih gold aku banyak lagi tak ambil tapi takpe la aku sedekah je la balance tu.

“Aku nak ambil baju ibu & ayah aku jugak. Lepastu selamba tenuk dia je cakap dia dah buang baju parents aku dalam tong sampah.

“Ok cuba imagine je terbalik kan situasi, kalau aku yang buang baju mama dia, dia merentan ke tak?” tulis Cik Epal.

Selain daripada itu, Cik Epal juga mendakwa cakaran di wajah Dewi sebagai palsu dan ia dinyatakan di IG story miliknya.

dewi cakar fake

Setakat ini, kedua-dua belah masih memuat naik hantaran baru bagi menceritakan hal yang berlaku mengikut sisi pandangan masing-masing.

Apa-apapun setakat ini diharapkan kedua-dua belah pihak dapat menyelesaikan isu ini dengan baik demi kebaikan anak-anak. Sedih tengok keadaan jadi macam ni. 

Sumber: Instagram (1), (2), (3)

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.