in

Christine Rohani Kongsi Bagaimana Dia Selamatkan Anak & Cucu Keluar Dari Perangkap Al-Arqam

Christine Rohani Selamat Anak Cucu Dari Gerakan Al Arqam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang TikToker yang dikenali sebagai Sabrina Bolivar tular selepas membuat pendedahan pengalaman pahit dan trauma sepanjang berada di dalam perkampungan Al-Arqam.

Menurut Sabrina, neneknya Christine Rohani Longuet yang berusaha untuk membawa dia sekeluarga keluar daripada gerakan yang telah difatwakan haram itu.


Sekadar info, Christine Rohani merupakan wanita kelahiran Perancis yang merantau ke Terengganu dan berkahwin dengan penduduk tempatan, Allahyarham Wan Othman Wan Abdullah.

Artikel berkaitan: Christine Rohani: Wanita Perancis Merantau Ke Terengganu Untuk Belajar Buat Kapal Layar, Tapi Akhirnya Berkahwin Dengan Anak Imam

Artikel berkaitan: “Sampai sekarang mak trauma” – Anak Bekas Ahli Tertinggi GISB Dedah ‘Sisi Gelap’ Organisasi

Menurut Rohani, pendedahan oleh cucunya mengenai peristiwa yang berlaku sekitar tahun 1980-an adalah kisah benar berdasarkan pengalaman hidup yang dilaluinya sendiri.

Screenshot 2024 09 25 110637

Jelasnya, dia menyaksikan sendiri trauma yang ditempuh anak serta cucu-cucunya disebabkan ketidakadilan dalam gerakan tersebut yang juga dikaitkan dengan GISBH.

“Saya berusaha keras menyelamatkan anak dan cucu-cucu yang ketika itu berada di perkampungan Al-Arqam di Sungai Penchala, Selangor selepas melihat ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem kekeluargaan yang diamalkan gerakan itu selepas anak memilih untuk berkahwin dengan salah seorang ahlinya.

“Tidak tahan melihat anak dan cucu-cucu saya diabaikan kebajikan sehingga menyebabkan mereka trauma. Alhamdulillah mereka dapat keluar daripada perangkap Al-Arqam dengan bantuan kerajaan,” katanya.

Dia yang kini menetap di Pulau Duyong mengakui berlaku satu bentuk pengabaian yang serius terhadap wanita dan kanak-kanak dalam gerakan tersebut.

Katanya, langkah yang diambil itu tepat kerana selepas mereka keluar dari tempat tersebut, mereka mendapat pendidikan yang sempurna dan kini bahagia dengan keluarga kecil masing-masing.

“Jadi, saya berharap sangat agar apa yang dialami oleh anak dan cucu saya satu ketika dahulu dapat dihentikan segera dan pelakunya diberi hukuman setimpal,” katanya.

Rohani juga meminta agar lebih ramai individu dapat tampil bagi menceritakan pengalaman mereka bersama GISBH seperti mana yang dilakukan cucunya itu.

@sabbybolivar

Replying to @user75939782609202 semoga Allah memudahkan urusan untuk banteras ajaran sesat dan pengabaian terhadap kanak kanak dan wanita #gisb

♬ original sound – Sabrina Bolivar – Sabrina Bolivar

Sabrina mendedahkan ibunya, Maryam yang ketika itu adalah pelajar cemerlang dalam jurusan perubatan di sebuah universiti tempatan sanggup meninggalkan pengajian dan menyertai gerakan berkenaan selepas dipujuk oleh seorang ustazah.

Menurutnya, selepas menyertai gerakan itu, ibunya kemudian dikahwinkan dengan dua lelaki anggota gerakan termasuk bapanya yang sudah pun memiliki tiga isteri.

Akibat pengabaian sewaktu berada di dalam gerakan Al-Arqam, ibunya mengalami kemurungan serius sehingga kini.

Sumber: Sinar Harian, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.