Semalam telah berlangsungnya konsert kumpulan Coldplay: Music of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Persembahan hebat daripada kumpulan Coldplay dan vokalisnya, Chris Martin telah menarik perhatian ramai dan ada juga beberapa momen yang telah dirakam netizen semasa konsert itu berlangsung kini viral di laman X.
Terima kasih, Kuala Lumpur – that was EPIC 💗 ⚡️⚡️⚡️ pic.twitter.com/NaeMmky5Wh
— Coldplay (@coldplay) November 22, 2023
Artikel berkaitan: “Beli tiket mahal tapi..” – Sampah Berlonggok Atas Jalan, Pengunjung Konsert Coldplay Dikecam Netizen
Artikel berkaitan: “Jika berlaku sesuatu melampau” – Fahmi Fadzil Sahkan Ada ‘Kill Switch’ Untuk Konsert Coldplay
Chris Martin berpantun dalam Bahasa Melayu?
Salah satunya adalah saat di mana Chris membacakan pantun sambil dilatari alunan piano.
Pantun Chris Martin buat penonton di Kuala Lumpur berbunyi:
Pergi ke kedai membeli sayur,
Masak Tomyam pesan bonda,
Coldplay sekarang di Kuala Lumpur,
Payung lagu favourite anda.
Pantun Chris Martin malam tadi di Kuala Lumpur :
Pergi ke kedai membeli sayur,
Masak Tomyam bersama bonda (?),
Coldplay sekarang di Kuala Lumpur,
Payung lagu favourite anda 😂#ColdplayKualaLumpur #ColdplayMalaysia #ColdplayinKL https://t.co/ELlJUBRJw3 pic.twitter.com/XJZOtWo6uI— 🍉Arif E.🍉 (@arfdy12) November 22, 2023
Selain itu juga, Chris ada mendendangkan sebuah lagu yang berinspirasikan situasi hujan yang melanda Kuala Lumpur sepanjang konsert tersebut berlangsung.
Menurut bait-bait lirik lagu itu, ia menceritakan tentang keindahan hujan di Malaysia yang tidak dapat disamakan di negara lain seperti di Eropah mahupun Sepanyol.
Coldplay – Malaysian Rain:
I've been to Europe
I have been to Spain
But there's nothing quite as beautiful as the Malaysian rainWhenever I'm down
Whenever I'm in pain
I love to stand in Malaysian rainWhenever I feel like I shouldn't have been born
I stand in the rain and it… pic.twitter.com/SHfazePBLk— pel calico lover (@pelisahh) November 22, 2023
“Terima kasih setia menunggu 27 tahun”
Dalam pada itu, Coldplay juga meluahkan rasa terkejut dengan sambutan luar biasa belasan ribu peminat dari Malaysia yang hadir memeriahkan stadium.
Chris Martin juga berkata, mereka tidak pernah tahu bahawa kubu peminatnya di negara ini memang cukup ramai dan sudah lama menantikan konsert dari mereka.
Kenapalah kami tidak berkunjung ke sini lebih awal. Selama lebih 20 tahun, orang pernah cakap penonton di sini adalah antara yang terbaik di dunia.
“Terima kasih kerana sanggup berhujan, meredah trafik, datang demi kami, dan menyayangi kami. Ini hujan rahmat dan terima kasih setia menunggu 27 tahun,” katanya.
Terdahulu, Coldplay telah beraksi di Jakarta dan Perth sebelum membuat persembahan di Kuala Lumpur semalam.
Sumber: X 1, 2, Harian Metro