Filem Lightyear yang sepatutnya ditayangkan pada 16 Jun ini tidak akan ditayangkan di Malaysia kerana terdapat unsur-unsur homoseksual dan LGBT.
Pelakon terkenal, Chris Evans yang turut membawa watak di dalam Lightyear menyokong tindakan semua pihak yang menepis kecaman terhadap filem ini dan berkata kecaman tersebut harus diabaikan.
Chris Evans turut berkata mereka yang mengecam adegan homoseksual dalam filem animasi ini sebagai orang yang bodoh. Kenyataan ini dikeluarkan beliau dalam satu temu bual bersama Reuters Television pada Jumaat lalu.
“Selalunya akan ada orang yang takut dan tidak sedar dan hanya berpegang kepada apa yang wujud sebelum ini, orang-orang itu mati seperti dinosaur”
“Saya fikir matlamatnya adalah untuk tidak mempedulikan mereka, mara ke hadapan dan menerima pertumbuhan yang menjadikan kita manusia”, sambung Evans.
Bukan sahaja Malaysia, filem Lightyear turut diharamkan ditayang di Arab Saudi kerana terdapat adegan homoseksual di dalam filem animasi ini.
Untuk rekod, pihak Disney tidak bersetuju dengan pemotongan babak asal dan menolak untuk menayangkan filem yang telah disunting.
Kredit: Reuters
BACA: Filem Terbitan Pixar, Buzz Lightyear Takkan Ditayangkan Di Pawagam Malaysia Sebab...