Hari ini, legenda sukan negara, Datuk Wira Lee Chong Wei mengumumkan persaraannya dalam sukan badminton selepas 19 tahun beraksi dan mengharumkan nama negara.
Menurut Harian Metro, sidang media pengumuman itu suram kerana kesedihan yang tidak dapat dikawal oleh Chong Wei sendiri. Beliau dikatakan tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata ketika membuat pengumuman itu di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Terima kasih kepada semua jurulatih, terutama jurulatih yang membawa saya naik ke tahap ini, Datuk Misbun Sidek. Saya tidak pasti sama ada beliau ada di sini atau tidak. Ada beberapa jurulatih ada di sini, terima kasih Hendrawan dan Tey Seu Bock. Begitu juga dengan tenaga sokongan yang mengikut saya ke mana saya pergi, fisioterapi….”
Kata-katanya terhenti di situ di mana beliau terus menangis dalam tempoh lebih kurang seminit hingga Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq sendiri cuba menenangkannya.
Menurut beliau, keputusan itu diambil selepas berbincang dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.
Kita buat keputusan selepas Hari Raya (Aidilfitri) akan bersara dan ia keputusan yang amat berat kerana saya sayangkan sukan ini. Kesihatan lagi penting, saya sudah jumpa Syed Saddiq dan Mohamad Norza mengenai perkara ini sebelum berehat sebulan sebelum ini.”
Chong Wei memberitahu dia kini harus memberi keutamaan kepada kesihatan dirinya sejak disahkan menghidap kanser hidung tahun lalu.
Beliau telah mengharumkan nama negara apabila berjaya menjadi pemain nombor 1 dunia selama 9 tahun (bukan berturut-turut) sejak tahun 2009 hingga 2017.
- Oktober 2009 – Jun 2012
- September 2012 – Disember 2014
- Jun 2016 – 18 Mei 2017
- 1 Jun 2017 (kali terakhir)
Bukan tu je, Chong memang dah banyak menang pelbagai jenis kejohanan termasuk Sukan Olimpik dan Sukan SEA. Jom kita throwback sikit pasal penglibatan dan kemenangan Chong Wei dalam sukan badminton!
1. Sukan Olimpik
- 3 pingat perak
2. Kejohanan Dunia
- 4 pingat perak & 1 pingat gangsa
3. Sukan Asian
- 1 pingat perak & 2 pingat gangsa
4. Kejohanan Asian
- 2 pingat emas & 2 pingat gangsa
5. Sukan Komanwel
- 3 pingat emas
6. Sukan SEA
- 1 pingat gangsa
7. Kejohanan Remaja Dunia
- 1 pingat gangsa
8. BWF World Superseries
- Juara sebanyak 30 kali & naib juara sebanyak 13 kali
9. BWF World Superseries Premier
- Juara sebanyak 12 kali & naib juara sebanyak 4 kali
10. BWF World Superseries Finals
- Juara sebanyak 4 kali & naib juara sebanyak 1 kali
11. Super Series
- 4x Super Series Finals
- 4x All England
- 6x Indonesia Open
- 1x China Open
- 2x Malaysia Open
Setiap kali beraksi di gelanggang, beliau pasti akan mendapat perhatian ramai orang dari seluruh dunia. Memang hebat dan membanggakan, Chong Wei dah harumkan nama negara di mata dunia banyak kali. Sebab itulah, rakyat Malaysia pun turut sama berduka cita atas pengumuman persaraan beliau.
Bagaimanapun, Syed Saddiq telah mengumumkan bahawa Lee Chong Wei dinamakan sebagai ketua kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Lobak Merah pun turut bersedih tapi berbangga dengan anda, Datuk Wira Lee Chong Wei. Legenda, ikon dan idola rakyat Malaysia. You inspire us, kami akan rindu tengok Chong Wei di gelanggang
Baca: 6 Momen Lee Chong Wei Harumkan Nama Negara Di Mata Dunia Paling Diingati Ramai