Chef selebriti terkenal dengan aksi menabur garam atas hidangan steak, Nusret Gokce atau lebih dikenali sebagai ‘Salt Bae’ sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila dia difahamkan dikecam teruk gara-gara ‘peraturan’ yang dikenakan di salah sebuah restorannya di London.
Difahamkan, sejak pembukaan restoran Nusr-Et Steakhouse di London lagi telah menerima kritikan ramai gara-gara harganya yang tak masuk akal dan terbaru, para pelanggan mendakwa hanya diberikan masa maksimum selama 2 jam untuk berada di restoran tersebut.
Lebih mengejutkan, ramai pelanggan yang ternyata tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan ketika ke steakhouse terkenal tersebut telah meninggalkan komen dan ulasan yang teruk di TripAdvisor.
Antara kejadian yang menimbulkan kemarahan ramai adalah apabila ada pelanggan mendakwa mereka telah ‘diganggu’ ketika menjamu selera dan diminta untuk menghabiskan makanan mereka dalam masa 30 minit dan seterusnya diminta untuk meninggalkan restoran berkenaan.
Difahamkan, mereka diarahkan untuk menghabiskan hidangan tersebut dengan cepat supaya tempat mereka boleh diberikan kepada pelanggan lain yang sudah menunggu.
Tidak terhenti disitu, kalau diperhatikan ulasan yang ada di TripAdvisor, boleh dikatakan banyak yang negatif berlaku baru-baru ini yang mana semua berkunjung ke restoran tersebut sekitar bulan Oktober dan November.
“Bazir masa, bazir waktu! Jadi jangan percaya ‘hype’ yang ada, itu semua penipuan dan tak berbaloi langsung”
Selain daripada komen ‘pedas’ diatas, ada juga pelanggan yang menyamakan situasi atau restoran berkenaan seperti IKEA. Menurutnya, pada luaran ianya nampak cantik dan sempurna tetapi tidak pada kualiti.
Seorang lagi pelanggan turut menyatakan ketidakpuasan hatinya tentang ‘daun emas’ yang diletakkan atas potongan steak yang menjadi salah satu hidangan signature restoran tersebut. Menurutnya, selain harga yang tidak masuk akal ( £1,450 ), sekitar RM8,182 untuk satu hidangan steak bersalut daun emas!
Tambah pelanggan berkenaan, daun tersebut hanya perhiasan yang tidak langsung menambah nilai potongan daging untuk dijual semahal itu.
Baca : “Makanan auto mahal” – Ini 5 Sebab Kenapa Harga Makanan Mahal Di Kawasan Tumpuan Pelancong