Baru-baru ini, salah seorang anak kepada bekas jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin iaitu Zaifiq Zainal ada membuat kenyataan yang memberi bayangan seperti tidak bersetuju dengan tindakan bapanya berkahwin dengan Fyna Jebat.
Menerusi Facebook miliknya, Muhammad Zaifiq Abidin mengatakan bahawa apa yang dilaporkan oleh pihak media itu tidak semuanya sahih.
“Tidak langsung seperti apa yang dilaporkan pihak media. Ya, kami masih wujud dan kami benar-benar tidak bersetuju (dengan apa yang berlaku).”
Dalam pada itu, Zaifiq juga dilihat ada memberikan satu quotes yang menggambarkan seolah-olah menentang dan mengecam individu yang berkelakuan curang.
Zaifiq juga pada masa yang sama ada memuat naik gambarnya bersama adik beradik lain mencium pipi ibunya, Datin Zalina Zaini.
Hari ini, Kosmo! Online melaporkan bahawa Zainal Abidin Hassan, 62, memilih untuk tidak memberi sebarang komen lanjut berhubung pergaduhan melibatkan isteri pertama dan keduanya di tempat awam.
Baca : “Jangan libat saya” – Dituduh Punca Fyna & Madu Bergaduh, Ini Respon Janna Nick