Luahan hati YouTuber masakan popular, Che Nom semalam telah menjadi perhatian ramai selepas beliau meluahkan kesedihannya tentang kejadian yang melibatkan anak saudaranya yang telah diambil bekerja bersamanya.
Menerusi Facebook, Che Nom meluahkan kesedihannya apabila anak saudaranya yang diambil bekerja bersama tiba-tiba telah membuat laporan ke JTK dan KWSP bahawa Che Nom ini tidak menjaga kebajikan pekerja.
Menurut Che Nom, dia telah mengambil anak saudaranya itu bekerja bersama meskipun anak saudaranya itu tidak mempunyai kelulusan berkaitan.
Anak saudara ni bukan orang lain, Che Nom sendiri yang besarkan dia dari kecil. Basuh berak dia, hantar pergi sekolah, masak setiap hari untuk diaorang makan.
Bila dah besar sikit, Che Nom ambil kerja sekali sebab nak bagi peluang, nak bagi dia survive kat Klang Valley ni. Kita bagi pendapatan tetap bulanan supaya hidup dia senang sikit kat sini, “ luah Che Nom.
Artikel berkaitan: Che Nom Sangkal Dakwaan Konon Youtuber Terima Pendapatan RM360,000 Sebulan
Artikel berkaitan: Che Nom ‘Sekolahkan’ Mentua Pandang Rendah Menantu Masak Ikut Video
Pada awal permulaan kerja, Che Nom telah mengajar anak saudaranya itu cara guna perisian Premiere Pro dan kamera untuk membantu perniagaan Che Nom.
Menurut Che Nom lagi, kerja yang diberikan kepada anak saudaranya itu juga tidak begitu banyak, di mana waktu jam bekerja tidak sampai 20 jam seminggu.
Selain itu, Che Nom juga tetap memberi cuti dengan gaji penuh kepada anak saudaranya itu untuk menunaikan umrah.
Bukan setakat cuti, gaji penuh tetap bagi, duit poket Che Nom tambah lagi, visa pun Che Nom bayarkan. Semua sebab nak bantu ikhlas hati,” kongsinya.
Che Nom tidak menyangka anak saudaranya itu kemudiannya telah ke JTK dan KWSP untuk membuat laporan bahawa Che Nom tidak menjaga kebajikan pekerja.
Menurut Che Nom, perniagaannya itu hanyalah bisnes keluarga secara kecil-kecilan dan bukannya syarikat besar yang mempunyai jabatan HR (Human Resources atau Sumber Manusia).
Boleh baca luahan hati Che Nom ini secara penuh di Facebook Che Nom.
Sumber: Facebook Che Nom