in

“Cerita pasal followers je” – Pernah Berkawan & Bergaduh, Zarina Anjoulie ‘Expose’ Pasal Fathia Latiff

Fathia Anju

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Fathia Latiff kini menjadi bualan hangat di media sosial selepas dia mengeluarkan kenyataan berbaur hinaan kepada pelakon lain iaitu Zahirah MacWilson.

Terbaru, Zarina Anjoulie yang juga seorang pelakon dan influencer membuat satu sesi live di TikTok miliknya menceritakan sisi sebenar Fathia ketika mereka berkawan.


Artikel berkaitan: “Bersabarlah Zahirah dan Aiman” –  Dihina Muka Macam Bibik, Ibu Zahirah MacWilson Hampa

Artikel berkaitan: “Dia takkan boleh lawan I” – Fathia Latiff Samakan Muka Zahirah MacWilson Macam Bibik Masa Sesi ‘Live’?

@aseancelebrities

Zarina Anjoulie || Anju Mula Buka Cerita.. Tentang Fatiya Latiff #ZarinaAnjoulie #FatiyaLatiff

♬ original sound – Selebriti Malaysia – Selebriti Malaysia

Zarina yang mesra disapa Anju berkata persahabatan mereka terhenti kerana sikap pelakon Ariana Rose itu kurang disukai kerana suka membanding-bandingkan followers media sosialnya serta suka berprasangka buruk.

“Dulu saya pernah berkawan dengan dia dan gaduh dengan dia sebab perkara ini. Kalau tengok video tu (video hina Zahirah), anda boleh nampak busuk hati dia dan sebab tu saya stop kawan dengan dia. 

Bila saya lepak dengannya, dia asyik cakap saya rapat dengan dia sebab followers dia tinggi. Lima tahun saya tengok dia masih juga macam tu,” katanya.

Anju yang sangat aktif di media sosial itu juga mengakui sangat terkejut apabila Fathia mengeluarkan kata-kata hinaan terhadap Zahirah selain mengakui sebelum ini dia pernah expose perangai sebenar Fathia itu namun ramai yang tidak mempercayainya.

Dia juga berkata dia berharap satu hari nanti semua kebenaran akan terbongkar.

Sumber: TikTok, mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.