in

“Cerai tak rujuk mahkamah” – Lelaki Fail Faraq Nikah Sebab Isteri Ada 3 Suami Lain

Wanita Ada 3 Suami Lain

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya kalau kes rare mengenai hal perkahwinan ini jarang kita dengar yang melibatkan kes di Malaysia.

Namun, seorang peguam syarie, Hasanah Johari berkongsi mengenai satu kes mengejutkan membabitkan seorang wanita yang mempunyai empat suami yang berlaku di sini.


Menurut Hasanah, seorang suami hadir ke mahkamah untuk memfailkan faraq nikah (pembubaran perkahwinan) selepas mengetahui isterinya adalah isteri orang lain semasa bernikah dengannya.

Screenshot 2023 08 04 174407

Jelasnya, tuntutan faraq nikah ini jarang dilakukan oleh pihak suami dan lebih mengejutkan apabila wanita itu bukan sahaja mempunyai seorang suami tetapi tiga suami lain.

“Bila hakim tanya isteri, rupanya isteri adalah isteri orang lain semasa nikah suami dia,” katanya.

Katanya lagi, perkahwinan dengan suami pertama ada difailkan fasakh namun kes itu telah digugurkan.

Kemudian, wanita itu berkahwin dengan warga Singapura namun tidak diketahui status perkahwinan tersebut. Selang beberapa tahun, wanita itu berkahwin pula dengan suami ketiga berwalikan wali raja (wali hakim).

Jelasnya, suami baharu hanya mengetahui isterinya memiliki tiga suami selepas seminggu berkahwin selepas membuat semakan di pejabat agama.

“Ni suami dia keempat, bila selepas seminggu kahwin, baru tahu isteri dia ada 3 suami, terus suami failkan faraq nikah.

“Isteri mengaku tadi depan hakim. Hakim putuskan pernikahan mereka fasid dan difaraqkan.”

Menjawab pertanyaan seorang netizen yang bertanya punca terjadinya kes itu, peguam tersebut menjelaskan perkara ini berlaku disebabkan pihak terbabit tidak melakukan urusan nikah cerai di mahkamah.

“Kalau jodoh tak panjang, selesaikan di mahkamah, bukan assume diri sudah diceraikan begitu saja. Apa-apa urusan nikah cerai, rujuk mahkamah. Ada perintah ada rekod. Taklah jadi pening macam ni,” ujarnya.

Ambil iktibar daripada kes ini, jangan mengambil mudah mengenai prosedur nikah dan cerai kerana ia berkait dengan hal-hal seterusnya dalam rumah tangga.

Baca: “Haram memang menyeronokkan” – Isteri Pasang Dua Suami, Enggan Berpisah Sebab Sayang
Isteri Pasang 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.